Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

WARKAH PRESIDEN BUAT PARA PESERTA DAN KREW YANG MEWAKILI DELEGASI PKPIM KE IYG-12

Warkah Presiden Buat Para Peserta dan Krew yang Mewakili Delegasi PKPIM ke IYG-12

“Selamat Menimba Ilmu, Membina Jaringan dan Membangun Idealisme Ummatik”

Ke hadapan sahabat-sahabatku sekalian,

1- Assalamualaikum wbt. Alhamdulillahi rabbil ‘alamin, wabihi nasta’in, ‘ala umurid dunya wa ‘d-din.

2- Marilah sama-sama kita menayukuri nikmat Tuhan yang tidak terhingga banyaknya, dan atas rahmat dan kasih-Nya kita diberi kesempatan menjadi sebahagian daripada peserta IYG ke-12 bagi tahun 2015. Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w yang merupakan model dan ikutan kita.

3- Mewakili saf qiyadah PKPIM di peringkat pusat, saya mengucapkan tahniah dan syabas atas penyertaan kalian dalam International Youth Gathering (IYG) kali ke-12 yang dianjurkan di Tanah Air kita tahun ini.

4- Kesempatan ini wajar dimanfaatkan sebaiknya memandangkan status penganjurannya di peringkat antarabangsa, dan kehadiran para sarjana, negarawan, intelektual, aktivis dan figur-figur penting dari seluruh dunia.

5- Namun, yang lebih penting dan utama adalah apa yang bakal kalian pelajari sepanjang mengikuti program ini. Program ini tidak sekadar mendengar syarahan para tokoh sarjana yang bakal menyampaikan buah fikiran mereka, bukan hanya berwacana dan berkenalan dengan delegasi dari pelbagai negara, bukan semata berkunjung ke tempat menarik di sekitar Selangor, tetapi yang lebih utama adalah membugar idealisme ummatik secara kolektif.

6- Kalian bakal berwacana, bersama melakukan sumbang saran, menggariskan pelan tindakan strategik dan mencipta pengalaman ukhuwah serta jaringan yang ditaut dengan akidah Islam, kembali berjasa kepada umat.

7- Kesedaran “biz bir ummetiz” (kita adalah satu ummat) yang menjadi tema tunjang dalam penganjuran IYG adalah mesej jelas bahawa anda adalah insan-insan uang diharapkan dapat mempersatu umat ini dan mengacu ke arah pembentukan ‘khayra ummah’ (ummat terbaik).

Saudara-saudaraku yang berjasa,

8- Sekalung apresiasi ditujukan buat para penggerak, panitia dan jawatankuasa yang bertungkus lumus menjayakan acara ini. Menjadi tuan rumah untuk penganjuran suatu acara berstatus antarabangsa pastinya tidak mudah. Tahniah kepada kalian semua yang sudi meluangkan masa dan berjasa dalam menjayakan agenda IYG bagi tahun ini.

9- Kami mengharapkan kalian beroleh pengalaman bermakna dalam menjayakan IYG ke-12 ini. Kami pastinya berbangga dengan kesungguhan kalian. Manfaatkan sepenuhnya ruang ini untuk membangunkan peribadi unggul dan syakhsiyah berkualiti.

10- InshaAllah, segala usaha dan penat lelah kalian pasti akan diganjari Tuhan. Inilah laluan dan latihan buat bakal pimpinan umat masa depan.

Hidup Biar Berjasa!

#iygmy2015 #bizbirummetiz #HidupBiarBerjasa

Mohammad Fazril Bin Mohd Saleh Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

31 Januari 2015/ 11 Rabiulakhir 1436H

ARTIKEL & BERITA PKPIM

UCAPAN KHAS TAHUN BARU 2025

Segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, qudwah hasanah kita sepanjang zaman. Tahun 2025 hadir sebagai [...]
Read more

Program Dan Video

Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

Sembang Demokrasi Siri 4.0

Sembang Demokrasi Siri 3.0

Sembang Demokrasi Siri 2.0

Mari Sertai Kami, Hidup Biar Berjasa!

(PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Lokasi Kami
  • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
  • +6017 372 0453 (SUK PKPIM)
  • pkpim_spp@yahoo.com
  • Isnin - Jumaat
    8.00AM - 5.00 PM
Ikuti Kami
PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)