Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

PKPIM Bina Kesepakatan Bersama Gerakan Mahasiswa Islam

11 Mac 2014 : PKPIM bersama-sama Pimpinan Gerakan Mahasiswa Islam seramai 30 orang telah mengadakan satu pertemuan bagi mengeratkan hubungan antara Gerakan Mahasiswa Islam serta membincangkan isu-isu yang berlaku dalam dan luar negara. Antara Pimpinan Gerakan Mahasiswa Islam yang terlibat adalah Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA), IKRAM Siswa dan HALUAN Siswa. Majlis pertemuan pada kali ini telah diadakan di Pejabat PEMBINA, Kajang dan dipengerusikan oleh Sdra. Khairul Anuar Abdul Manap, Setiausaha Agung PKPIM.

Selain berkenal-kenalan antara sesama Pimpinan Gerakan Mahasiwa Islam, Ucapan Presiden bagi setiap wakil ‘front’ turut diadakan. Masing-masing mengharapkan agar kesepakatan bersama-sama dalam membawa isu yang melingkari umat dengan mengambil kira orientasi gerakan masing-masing.

Antara intipati Ucapan Sdra. Muhamad Aliemran Norasid, Presiden PKPIM adalah kita berharap agar kesepakatan ini dapat memaparkan solidarity mahasiswa Islam dalam memperjuang isu-isu agama dan bangsa di Malaysia. Medium bertukar-tukar pandangan ini dapat kita teruskan agar keterikatan kita sesama Mahasiswa Islam dapat diperkukuh.

Semoga usaha murni ini dapat diteruskan dan menjadi benteng kepada kehangatan pertarungan fikrah dan pertempuran idea yang benar-benar sengit melanda negara kita dan dunia amnya.

ARTIKEL & BERITA PKPIM

UCAPAN KHAS TAHUN BARU 2025

Segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, qudwah hasanah kita sepanjang zaman. Tahun 2025 hadir sebagai [...]
Read more

Program Dan Video

Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

Sembang Demokrasi Siri 4.0

Sembang Demokrasi Siri 3.0

Sembang Demokrasi Siri 2.0

Mari Sertai Kami, Hidup Biar Berjasa!

(PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Lokasi Kami
  • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
  • +6017 372 0453 (SUK PKPIM)
  • pkpim_spp@yahoo.com
  • Isnin - Jumaat
    8.00AM - 5.00 PM
Ikuti Kami
PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)