KENYATAAN MEDIA GERAKAN MAHASISWA ISLAM NASIONAL MENGENAI ISU SEMINAR PEMIKIRAN KASSIM AHMAD
20 Februari 2014 / 19 Rabiul Akhir 1435h
Kami mewakili Gerakan Mahasiswa Islam Nasional menyatakan pendirian kesal kami dengan penganjuran “Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian” yang dianjurkan oleh Yayasan Kepimpinan Perdana dibawah kelolaan Tun Dr. Mahathir Mohammad.
Kami berpendirian bahawa:
- Seminar tersebut tidak wajar diadakan kerana ia jelas menunjukkan satu pengiktirafan diberikan kepada Kassim Ahmad setelah keputusan Majlis Fatwa telah dikeluarkan.
- Kami sebulat suara berpegang dengan keputusan Majlis Fatwa bahawa pemikiran Kassim Ahmad mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan Akidah, Syariah dan Akhlak Islam.
- Kami juga mendesak siasatan dijalankan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, JAKIM atau pihak berkuasa terhadap penganjur bagi membongkar dalang sebenar disebalik program yang dijalankan ini.
- Peranan para mufti dan alim ulama’ diperlukan dalam menjawab segala penyelewengan dan memberi pencerahan kepada masyarakat terutamanya melalui media massa.
- Masyarakat perlu dididik melalui pemantapan aqidah dan pendidikan Islam disemua peringkat melalui jabatan agama Islam, masjid-masjid dan NGO-NGO Islam.
- Debat dan wacana tertutup antara Kassim Ahmad dengan para mufti dan alim ulama’ wajar diadakan bagi tujuan dakwah agar Kassim Ahmad bertaubat dan kembali berpegang dengan ajaran Islam sebenar.
- Tindakan Tun. Dr. Mahathir menyokong pemikiran Kassim Ahmad adalah satu perkara yang cukup dikesali dengan hujah agak rapuh.
- Kerajaan perlu mengambil tindakan serius terhadap golongan anti hadis sebagaimana tindakan kerajaan terhadap golongan Syiah yang keduanya jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar.
Yang benar,
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS),
IKRAM Siswa (IS),
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM),
Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA)