Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

PKPIM ANJUR WACANA ILMU PERBANDINGAN AGAMA

PKPIM menyeru rakyat Malaysia mengekalkan keharmonian hidup antara agama dipelihara, disamping menghormati keputusan mahkamah mengenai penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan Katolik, The Herald.

PKPIM menyampaikan hasrat mahasiswa Malaysia yang meilhat isu kalimah Allah ini sudah berada pada tahap menggugat perpaduan antara kaum dan agama di Malaysia yang telah bersusah-payah kita bina sejak 50 tahun yang lalu. Perpaduan yang telah kita bina ini dirosakkan sedikit demi sedikit oleh pihak yang mengguris hati pihak yang tidak sependapat dengan mereka. Pelbagai perkataan yang kurang enak dilemparkan menyebabkan rasa curiga berlaku baik dari kalangan antara agama mahupun dalam penganut agama itu sendiri.

Kami sedar berlaku perbezaan pendapat dalam isu ini dan kami tetap berpegang teguh dengan pendapat kami sejak 2009 lagi bahawa kalimah Allah hanyalah untuk orang Islam sahaja. Namun PKPIM berpendapat ada sesetengah pihak yang cuba memaksakan pendapat mereka, baik dari pihak yang menyokong atau menentang kalimah Allah boleh digunakan oleh orang Kristian. Sikap ini disebabkan kurang berlaku perbahasan yang sihat di antara kedua pihak ditambah lagi dengan sikap beberapa orang yang menggunakan isu ini sebagai lonjakan untuk mencari populariti. PKPIM melihat isu ini perlu diperbahaskan di peringkat tertinggi secara jujur dan berhikmah dengan melibatkan pemegang taruh dari setiap agama. Tetapi dalam masa yang sama pihak yang berkenaan perlu menerangkan kepada orang awam supaya beberapa kekeliruan dapat dirungkaikan.

Oleh itu, PKPIM akan menganjurkan Seminar Asas Dakwah dan Risalah Islam (SEDAR) pada 8 Mac ini bertempat di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta bermula pukul 2.30 petang bertajuk Ilmu Perbandingan Agama: Satu Pengenalan. Kami membawakan Dr Ghazali Basri, pengarang buku Ilmu Perbandingan Agama dan Pengarah Akademi Kajian Ketamadunan, Kolej Dar Al-Hikmah. Buku beliau sangat berpengaruh dalam memperkenalkan secara mudah agama-agama lain kepada orang Islam di samping sentiasa menganjurkan perbincangan yang sihat di antara agama-agama supaya keharmonian dapat dikekalkan. Tokoh seperti Dr Ghazali Basri yang perlu kita angkat sebagai model ikutan kepada orang muda yang sentiasa cintakan keamanan.  

 

Khairul Anuar bin Abdul Manap

Setiausaha Agung

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

 sedar 4

ARTIKEL & BERITA PKPIM

UCAPAN KHAS TAHUN BARU 2025

Segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, qudwah hasanah kita sepanjang zaman. Tahun 2025 hadir sebagai [...]
Read more

Program Dan Video

Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

Sembang Demokrasi Siri 4.0

Sembang Demokrasi Siri 3.0

Sembang Demokrasi Siri 2.0

Mari Sertai Kami, Hidup Biar Berjasa!

(PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Lokasi Kami
  • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
  • +6017 372 0453 (SUK PKPIM)
  • pkpim_spp@yahoo.com
  • Isnin - Jumaat
    8.00AM - 5.00 PM
Ikuti Kami
PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)