Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

MENGAPA NIAT BELAJAR KERANA ALLAH TENGGELAM DI TENGAH PERJALANAN?

niatSumber gambar adalah daripada carian google

Seperti sudah menjadi satu budaya. Setelah mendapat keputusan peperiksaan atau hendak memasuki tahun atau semester yang baru, azam akan dipasang untuk berusaha dengan lebih baik. Menariknya, niat akan diperbaharui untuk belajar kerana Allah. Namun, setelah berada di pertengahan jalan, apabila diuji dengan kuiz, peperiksaan dan ‘assignment’ yang banyak, tanpa disedari niat yang dipasang itu tenggelam dan fokus hanya kepada satu iaitu mencapai keputusan yang terbaik walau apa cara sekali pun.

Inilah satu kitaran, mungkin bagi sebahagian pelajar. Ya, siapalah kita manusia untuk menilai niat orang lain, padahal hanya Allah yang berhak menilai. Namun, tanda-tanda tidak ikhlas pasti ada. Apapun, kita yang peminjam hati sendiri perlu banyak bermuhasabah. Apakah setiap usaha kita ini disulami dengan niat kerana Allah semata-mata atau sebaliknya?

Pada kali ini, penulis nak membantu anda semua untuk memastikan niat kita dapat dikekalkan daripada awal hingga akhir. Niat yang baik sangat cantik dipasang jika disertakan dengan amalan yang baik, tidak sekadar memasang semata-mata. Penulis pasti, ramai tertanya-tanya mengapa mula-mula niatnya kerana Allah tetapi di pertengahan jalan cara hidupnya seolah-olah tidak menggambarkan niat tersebut. Ada yang sanggup tidur lewat untuk mengulangkaji pelajaran, namun waktu Solat Subuh diabaikan.

Tawakkal itu Kunci Utama

Dalam dunia pelajaran pasti ramai pernah dengar akan tips-tips belajar iaitu usaha, doa dan tawakkal. Tawakkal atau berserah diri merupakan satu kunci utama dalam usaha kita mencapai kejayaan. Kita perlu berserah sepenuhnya kepada Allah setelah berusaha dan berdoa kepada-Nya. Kita kena yakin bahawa setiap keputusan pada akhirnya ialah terbaik yang Allah beri.

Jika setiap pelajar benar-benar memahami dan menghayati tentang konsep tawakkal ini, mereka akan belajar mengikut kapasiti mereka dan yakin dengan apa yang mereka belajar. Mungkin ada sebahagian kita, walaupun dah belajar semua, namun masih ada rasa tak cukup dan tak yakin pada diri. Akhirnya banyak lagi masa yang akan digunakan untuk belajar, padahal masa yang ada itu boleh dimanfaatkan untuk perkara lain.

Perkara ini sangat mustahak kerana masih ramai pelajar kita yang masih lagi kurang berbakti untuk umat kerana takut pelajarannya akan terganggu. Jika masa muda kita dihabiskan hanya untuk akademik semata-mata, maka rugilah kita kerana kita ada tenaga dan idea untuk disumbangkan. Namun, akibat terlalu takut dengan prestasi pelajaran, sedikit demi sedikit kita semakin jauh daripada semangat untuk menyumbang. Kesannya, kita akan menjadi orang yang hanya mementingkan diri sendiri dalam keadaan yang tidak sedar kerana pada saat umat Islam sedang memerlukan kita, adakah kita sanggup untuk menjawab kepada mereka, “Aku ada exam.”?

Berbeza dengan orang yang berserah diri kepada Allah sepenuhnya. Setelah menelaah buku-buku atau membuat latihan yang secukupnya, dia akan menggunakan masa lapangnya untuk berbakti kepada umat atau membuat perkara yang bermanfaat. Dia tidak akan hanya menghabiskan waktu hidupnya di tempat belajar hanya untuk belajar semata-mata. Dia bukan tidak mementingkan pembelajaran, namun dia tahu bila dia akan rasa cukup.

Selain itu, setelah berserah diri, seharusnya diri anda perlu bersedia untuk menerima apa jua keputusan. Jika anda yakin bahawa keputusan itu terbaik yang Allah beri, maka anda akan sukar untuk kecewa sekiranya tidak dapat apa yang hendak dicapai. Bukan itu sahaja, anda juga tidak akan sewenang-wenangnya menyalahkan faktor luar menjadi penghalang kejayaan anda. Anda akan banyak bermuhasabah atau setidak-tidaknya anda akan sedar mungkin ada berlaku kekurangan dalam cara atau strategi pembelajaran anda. Selepas itu, anda akan memperbaiki cara atau strategi belajar anda, bukan menghukum diri dengan menyekat segala aktiviti luar atau kurangkannya seperti yang pernah dilakukan sebahagian pelajar.

Perlu Tahu Batas Diri

Pelajar perlu tahu batas diri mereka. Tidak boleh belajar sehingga mengabaikan ‘ibadah yang lebih utama terutamanya solat fardhu. Kesihatan juga perlu dijaga. Belajarlah hidup sederhana, iaitu berusaha sebaik mungkin namun berhenti jika telah sampai pada batasnya. Belajarlah dengan tenang dan yakin.

Mungkin juga akibat tidak mahir dalam menguruskan tekanan menyebabkan niat kita tenggelam di tengah perjalanan. Kalaulah kita tahu dan sedar bahawa soalan peperiksaan yang susah, ‘assignment’ yang banyak atau dugaan yang lain itu merupakan satu ujian daripada Allah, dan kita pula bersabar dan bersyukur ketika diuji, alangkah hebatnya kita. Ketika kita hendak memasang niat kerana Allah, kita perlu sedar bahawa kita juga perlu melalui ujian-ujian dalam dunia pembelajaran yang akan memaksa niat murni kita itu untuk tenggelam. Jika kita tidak melakukan persiapan untuk itu, maka niat asal kita juga akan tenggelam.

Akhir sekali, penulis sarankan agar kita sama-sama sentiasa semak semula niat kita di sepanjang perjalanan kehidupan sebagai seorang pelajar terutamanya setelah kita diduga dengan ujian. Semoga kita sentiasa kekal dalam jalan yang diredhai Allah.

MUHAMMAD ADAM BIN ROSLAN
Exco Persatuan Pelajar Islam Negeri Sembilan (PPINS)

*Penulis merupakan seorang mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kampus Gombak.

ARTIKEL & BERITA PKPIM

SURAT AHLI KONGRES AMERIKA KEPADA MARKO RUBIO :

Apa yang berlaku? Pada 21 Julai 2026, lapan Ahli Kongres Amerika Syarikat menghantar surat kepada Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, bagi menggesa kerajaan Amerika mengkaji semula hubungan dengan Malaysia susulan [...]
Read more

PERJUANGAN INI, PERJUANGAN KITA

Bismillāh ir-Raḥmān ir-Raḥīm WARKAH PRESIDEN PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM) SESI 25/26 PERJUANGAN INI, PERJUANGAN KITA إِنْ أُرِيدُ إِلَّا ٱلْإِصْلَـٰحَ مَا ٱسْتَطَعْتُ ۚ وَمَا تَوْفِيقِىٓ إِلَّا بِٱللَّهِ ۚ عَلَيْهِ [...]
Read more

EID AL-ADHA: A SACRED RIGHT, NOT A THREAT

As we approach one of the most significant and celebrated occasions in the Islamic tradition, Eid al-Adha reminds Muslims of the profound meaning of sacrifice, obedience and steadfastness in faith. [...]
Read more

PASCA PENGUMUMAN KEPUTUSAN SPM 2025

PERJALANAN MASIH JAUH, MASA DEPAN MENANTI KALIAN Adik-adik calon SPM sekalian, Adik-adik yang berpotensi, Adik-adik yang berkemajuan, Adik-adik yang bitara, Jangan sekadar menjadi pelajar yang lulus dalam peperiksaan, tetapi jadilah [...]
Read more

AL-ATTAS ASAS KEPADA KELETARIAN PERJUANGAN PKPIM

Perjuangan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) selama 65 tahun di pentas dakwah dalam negara mahupun di luar negara bertahan dan terus mampan kerana perjuangan PKPIM didasari dengan budaya keintelektualan [...]
Read more

INSTITUSI PENDIDIKAN BUKAN SARANG IDEOLOGI SONGSANG

PKPIM memandang serius dan berat dakwaan yang sedang tular melibatkan seorang pensyarah kanan Universiti Malaya yang dikaitkan dengan fahaman serta rangkaian Freemason suatu ideologi yang jelas bercanggah dengan akidah Islam [...]
Read more

PASCA SPM: JANGAN HANYUT, BINA DIRI

Kepada anak-anak muda yang baru sahaja menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kami mengucapkan tahniah dan mendoakan agar beroleh keputusan yang cemerlang. Habis sahaja peperiksaan ini, maka anda semua telah [...]
Read more

Program Dan Video

Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

Sembang Demokrasi Siri 4.0

Sembang Demokrasi Siri 3.0

Sembang Demokrasi Siri 2.0

(PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Lokasi Kami
  • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
  • +60 11-5536 1470 (SUK PKPIM)
  • pkpim_spp@yahoo.com
  • Isnin - Jumaat
    8.00AM - 5.00 PM
Ikuti Kami
PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)