Hal Ehwal Siswi Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia ( HEWI PKPIM) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Gombak merujuk kepada kenyataan salah seorang dari finalis Pertandingan Ratu Cantik 2013, Sara Amelia Bernard yang dikeluarkan pada 22 Julai 2013 berhubung dakwaan fatwa Pertandingan Ratu Cantik adalah lapuk.
Fatwa yang diwartakanpada 8 Februari1996 menyatakan adalah haram dan berdosabagi orang Islam menyertai atau menganjurkan atau menyumbangkan apa-apa bentuk sumbangan untuk penganjuran apa-apa pertandingan ratu cantik.Ini berdasarkan kepada nas-nas yang dikemukakan mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa menyertai dan menganjurkan peraduan ratu cantik adalah haram di sisi Islamdan fatwa ini adalah di bawah perlindungan peruntukan Seksyen 34 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah–Wilayah Persekutuan)1993.
Provokasi dan spekulasi terhadap isu fatwa pengharaman ratu cantik kepada orang Islam seharusnya dihentikan. Tindakan mempertikaikan kedudukan institusi fatwa dari sudut perundangan adalah tidak mengikut pandangan syarak dan tidak merujuk kepada undang-undang dalam Perlembagaan Persekutuan.
Adalah tidak sepatunya timbul dakwaan wujudnya diskriminasi dalam fatwa atau hukum yang dikeluarkan sama ada berasaskan double standard,gender,situasi atau sebagainya jika kita benar-benar memahami nas-nas syarak tentang hukum itu. Dalam membicarakan hukum-hakam Islam, semua pihak perlu ingat bahawa ia tidak boleh dibicarakan dan dibahaskan sewenang-wenangnya oleh golongan tidak berkelayakan dalam bidang agama kerana boleh menimbulkan kacau-bilau dan salah faham terhadap ajaran Islam sehingga mencalarkan maruah agama dan umat Islam seluruhnya.
Menjadi tugas semua masyarakat, isuwanita Muslim dilarang menyertai pertandingan ratu cantik memang jelas dilarang oleh Islam dan sudah dimaklumkan kepada semua pihak bahawa ia melibatkan peragaan tubuh badanwanita di khalayak bukan muhrim.Sebagai seorang yang beragama Islam, telahmenjadikewajipanuntukmematuhihukum Allah atau menghindarkan diri daripada terjebak dengan perlakuan yang bersalahan dengan hukum ditetapkan secara qati’e dalam al-Quran dan hadis.
HEWI PKPIM UIAM Gombak tidak menunding jari pada hanya satu pihak dan melihat isu ini dalam konteks yang sempit. Persoalan-persoalan oleh peserta-peserta ratucantik Malaysia memang ada kewajarannya apabila kita sendiri dapat melihat ketidak seragaman penguatkuasaan undang-undang yang telah digubal di negara kita.Masyarakat berpecah, bergaduh, bertelingkah disebabkan undang-undang menghukum secara tidak adil. Bila ketidakadilan mula berlaku, maka kita boleh tengok masyarakat rosak.
Ironinya, tidak dapat dinafikan apabila sesuatu perkara melibatkan orang awam rakyat biasa yang tiada kepentingan, kuasa, pangkat, harta, duit dan kedudukan,ramai yang bertegas untuk melaksanakan fatwa tersebut walaupun tiada enakmen undang-undang untuk menyokong dasar fatwa tersebut. Tetapi apabila perkara-perkara yang melibatkan pemimpin yang berkuasa, orang kaya, kepentingan peniaga, orang-orang tertentu kita sendiri mampu melihat kekenduran dalam melaksanakan fatwa meskipun terdapat enakmen-enakmen tertentu yang dibuat untuk menyokong tindakan keatas pesalah-pesalah ataupelanggar-pelanggar fatwa tersebut. Contoh mudah, fatwa rokok.Contoh kompleks, isu demo dan ketidak adilan polisi dan sistem kerajaan yang seringkali dihadapi oleh rakyat terbanyak di Negara kita. Harus difahami dan diakui,undang-undangs ebagai instrumen yang sangat penting untuk kita tekankan; sebab itu dalam prinsip pentadbiran Islam, keadilan adalah benda paling utama.
HEWI PKPIM UIAM Gombak berpandangan bahawa penekanan pada isu ini perlu diberi perhatian dari semua pihak. Peragaan tubuh badan wanita di khalayak bukan muhrim merupakan salah satu faktor daripada banyak faktor-faktor lain yang menyumbang kepada jenayah seksual. Tidak semua mereka yang berpakaian tidak menutup aurat atau terdedah itu semestinya menjadi mangsa, akan tetapi merupakan salah satu daripada faktor menyumbang kepada masalah gangguan seksual. Selain itu juga, pakaian yang terdedah itu turut menimbulkan rangsangan kepada lelaki-lelaki di persekitarannya.
Kami menyeru agar masyarakat kembali menjiwai makna penghayatan iman dan kembali kepada agama seterusnya muslimah berfungsi untuk mengundang seramai mungkin mereka yang berlainan pendiriandengan Islam agar memahami kebenaran dan keadilan prinsipsyarak di dalam Islam.
Dalam pada itu, HEWI PKPIM UIAM Gombak juga menyokong sepenuhnya gesaan dari Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia (MPWIM) agar kerajaan mewujudkan Enakmen Jenayah Syariah berhubung penyertaan umat Islam dalam pertandingan ratu cantik dan mengharapkan perhatian diberikan olehpihak berkuasa keatas cadangan ini.
HEWI PKPIM UIAM Gombak turut melahirkan rasa pujian atastindakan Sara yang memohon maaf tetapi menasihati agar lebih berhati-hati pada masa hadapan dalam mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan ajaran agama dan sensitiviti umat Islam. Namun, kami menyatakan bahawa respon ini bukan hanya sekadar untuk menafikan dakwaan yang dikeluarkan finalis tersebut, tetapi lebih melihat isu ini dalamdimensi yang lebih luas.
HEWI PKPIM UIAM Gombak bertegas bahawa eksploitasi wanita yang semakin berleluasa dalam dunia akhir zaman ini wajib dihentikan dari semasa ke semasa dan digantikan dengan didikan adab sopan dan budi pekerti yang mulia demi kemakmuran muka bumi Allah dalam usaha mewujudkan Baldatun Thayyibatun wa Rabbun Ghafur.
HIDUP BIAR BERJASA
Wan Nur Hidayah binti Wan Zulkifli
Pengerusi Hal Ehwal Siswi (HEWI)
PKPIM UIAM Gombak
Sesi 2012/2013