Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

MEMAKNAI KONSEP GURU SEBAGAI TAULADAN

Negara dihangatkan dengan video sambutan hari guru di SMK Subang Bestari yang mempersembahkan Bobo bersama beberapa orang guru dalam salah satu slot persembahan. Isu ini adalah sangat membimbangkan kerana sebagai salah seorang ikon yang terlibat dalam pembentukan modal insan para pelajar, sebarang aktiviti yang tidak membina nilai diri ini hanya akan membantutkan proses pendidikan di Malaysia.

Sebagai salah seorang guru, saya melihat proses penerimaan anak-anak murid kepada guru itu memerlukan para guru untuk menggunakan pendekatan yang interaktif. Namun demikian, ini bukan alasan untuk kita menggunakan method yang sewenang-wenangnya dan menyebabkan para pelajar keliru untuk mengambil nilai-nilai ilmu dari sosok seorang guru.

Pada hemat saya, guru tidak sepatutnya jadi seperti sebatang jarum. Menjahit segala jenis pakaian,  tetapi dirinya sendiri sedang ‘tidak berpakaian’. Demikian juga kita sebagai seorang pendidik, jangan hanya sibuk mencurahkan ilmu dalam masa yang sama kita berkelakuan seperti orang yang tidak memiliki ilmu. Cadangan supaya setiap guru dapat mengikuti kelas-kelas kemahiran bersosial yang mana kita dapat mempelajari kaedah mendekati para pelajar dalam masa yang sama masih di landasan adab, budaya dan agama.

Saya berharap supaya pihak yang bertanggungjawab dapat melihat isu ini sebagai isu serius untuk ditangani. Dalam misi membangunkan agenda pendidikan negara, setiap pihak harus memainkan peranan secara proaktif. Perkara terakhir yang para pelajar perlukan adalah suasana kebanjiran idola tetapi kemarau tauladan dalam kalangan orang-orang dewasa di sekitar mereka.

“Guru : 1 Aspirasi, 1 Agenda”

‘ATIQAH SYAIRAH SHAHARUDDIN
Exco Latihan dan Pembangunan PKPIM

(Saudari ‘Atiqah Syairah merupakan seorang guru sains di SEMI Sg. Ramal, Kajang)

ARTIKEL & BERITA PKPIM

SURAT AHLI KONGRES AMERIKA KEPADA MARKO RUBIO :

Apa yang berlaku? Pada 21 Julai 2026, lapan Ahli Kongres Amerika Syarikat menghantar surat kepada Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, bagi menggesa kerajaan Amerika mengkaji semula hubungan dengan Malaysia susulan [...]
Read more

PERJUANGAN INI, PERJUANGAN KITA

Bismillāh ir-Raḥmān ir-Raḥīm WARKAH PRESIDEN PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM) SESI 25/26 PERJUANGAN INI, PERJUANGAN KITA إِنْ أُرِيدُ إِلَّا ٱلْإِصْلَـٰحَ مَا ٱسْتَطَعْتُ ۚ وَمَا تَوْفِيقِىٓ إِلَّا بِٱللَّهِ ۚ عَلَيْهِ [...]
Read more

EID AL-ADHA: A SACRED RIGHT, NOT A THREAT

As we approach one of the most significant and celebrated occasions in the Islamic tradition, Eid al-Adha reminds Muslims of the profound meaning of sacrifice, obedience and steadfastness in faith. [...]
Read more

PASCA PENGUMUMAN KEPUTUSAN SPM 2025

PERJALANAN MASIH JAUH, MASA DEPAN MENANTI KALIAN Adik-adik calon SPM sekalian, Adik-adik yang berpotensi, Adik-adik yang berkemajuan, Adik-adik yang bitara, Jangan sekadar menjadi pelajar yang lulus dalam peperiksaan, tetapi jadilah [...]
Read more

AL-ATTAS ASAS KEPADA KELETARIAN PERJUANGAN PKPIM

Perjuangan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) selama 65 tahun di pentas dakwah dalam negara mahupun di luar negara bertahan dan terus mampan kerana perjuangan PKPIM didasari dengan budaya keintelektualan [...]
Read more

INSTITUSI PENDIDIKAN BUKAN SARANG IDEOLOGI SONGSANG

PKPIM memandang serius dan berat dakwaan yang sedang tular melibatkan seorang pensyarah kanan Universiti Malaya yang dikaitkan dengan fahaman serta rangkaian Freemason suatu ideologi yang jelas bercanggah dengan akidah Islam [...]
Read more

PASCA SPM: JANGAN HANYUT, BINA DIRI

Kepada anak-anak muda yang baru sahaja menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kami mengucapkan tahniah dan mendoakan agar beroleh keputusan yang cemerlang. Habis sahaja peperiksaan ini, maka anda semua telah [...]
Read more

Program Dan Video

Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

Sembang Demokrasi Siri 4.0

Sembang Demokrasi Siri 3.0

Sembang Demokrasi Siri 2.0

(PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Lokasi Kami
  • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
  • +60 11-5536 1470 (SUK PKPIM)
  • pkpim_spp@yahoo.com
  • Isnin - Jumaat
    8.00AM - 5.00 PM
Ikuti Kami
PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)