Seruan untuk Pengundi Wanita Malaysia : Jangan Gentar Buat Pilihan Bijak
SERI KEMBANGAN : Sidang media membantah penye-baran video lucah menjelang PRU 13 yang melibatkan pertubuhan-petubuhan bukan kerajaaan (NGO) wanita iaitu Wanita Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM), Helwa Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Biro HALUANITA Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malay-sia (HALUAN), Integrated Muslimah Associations and Net-works Alliance (IMAANA), Pertubuhan Nisa’ Malaysia (NISA’), Pertubuhan Mawaddah Malaysia (MAWADDAH), Association of Women’s Initiative for Research, Develop-ment & Advancement (WIRDA), Muslimah Interest Zone and Networking (MIZAN), Wadah Pencerdasan Umat Ma-laysia (WADAH), Pertubuhan Pemuda Gema Malay-sia (GEMA), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan IKRAM Siswa telah diadakan di Nouvelle Hotel pada Khamis, 18 April 2013. Individu-individu per-sendirian iaitu Prof Dr. Muhaya Muhammad (Pakar Moti-vasi & Personaliti TV), Puan Wardina Safiyyah Fadhullah (Pengacara dan Personaliti TV) dan Ustazah Fatimah Syarha Hj Mohd Noordin ( Penulis Novel Dakwah & Pence-ramah) turut sama menyokong bantahan ini.
Pengundi Malaysia khususnya kaum wanita diseru untuk menolak taktik berkempen yang menjatuhkan lawan melalui kaedah yang meng`hina’ (insulting) dan memperkecilkan keupayaan kognitif para pengundi Malaysia yang rata-ratanya sudah mencapai tahap intelektualiti yang tinggi dan matang. Rakyat turut diminta untuk menyelidik terlebih dahulu kesahihan dan ke-absahan segala maklumat dan informasi yang diperolehi dari mana-mana pihak sekalipun, dan tidak secara membuta-tuli mempercayai setiap apa yang dilihat dan didengar dari pihak lain. Proses menyelidik dan memastikan kesahihan sesuatu berita yang diterima disebut sebagai proses “Tabayyun”, sebagaimana yang dianjur-kan oleh Al Quranul Karim dalam surah Al Hujurat, ayat 6 yang mafhumnya :
“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti (tabayyun) agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.”
Ustazah Maznah Bt Daud dari Wanita IKRAM menyatakan perbuatan meyebarkan fitnah sebagai cara menjatuhkan kredibiliti seseorang sangat dipandang berat di dalam Islam, di mana maruah diletakkan sebagai salah satu dari 5 perkara yang wajib dipelihara dalam maqasid syariah selain agama, akal, keturunan dan harta. Seseorang yang menyebarkan fitnah akan hilang kesaksiannya di dalam Islam iaitu jika dia menjadi saksi bagi satu pernikahan, pernikahan itu adalah tidak sah di sisi syarak.
Ketua Helwa ABIM, Puan Fadhlina Siddiq, seorang peguam pula mengatakan, “setiap pertuduhan qazaf perlu kepada 4 orang saksi. Jika gagal, jenayah qazaf boleh disabitkan dan hukumannya adalah 80 kali sebatan serta kesaksiannya ditolak selama-lamanya se-hingga bertaubat.” Beliau menerangkan lagi kenyataan sumpah yang diterima oleh syarak hanyalah sumpah yang dilaksanakan di dalam sidang kehakiman.
Puan Muna daripada Nisa’ Malaysia meluahkan kegusaran budaya porno dan lucah yang berlangsung dalam musim pilihanraya ini tidak berhenti setakt itu, tapi member kesan buruk yang berpanjangan kepada anak-anak yang sedang membesar. Manakala Puan Wardina Safiyya menyeru para pemimpin untuk menasihati pengikut masing-masing supaya menghentikan pelaksanaan kempen-kempen yang tidak bermoral dan berakhlak tersebut.