Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

SITUASI DI BANGLADESH SEMAKIN MERUNCING

Bangladesh, negara kedua yang mempunyai jumlah penduduk Islam paling ramai di dunia selepas Indonesia sekarang sedang bergolak. Berlaku keganasan ke atas penduduknya semata-mata kerana mahukan keadilan dan hak kebebasan bersuara. Bantahan yang berlaku di jalanan ke atas kerajaan adalah disebabkan mahukan Tribunal Antarabangsa Jenayah Perang yang dilihat tidak adil dan menyasarkan pemimpin pembangkang.

Sejak 2010, kerajaan yang dikuasai oleh Awami League mula menubuhkan tribunal ini yang kononnya mahu mengadili penjenayah perang kemerdekaan Bangladesh daripada Pakistan yang berlaku pada 1971. Namun tribunal ini menimbulkan banyak persoalan kerana tidak mengikut ciri-ciri tribunal antarabangsa yang diiktiraf masyarakat antarabangsa. Media-media antarabangsa mula mendedahkan di mana Ketua Hakim Tribunal meminta nasihat dan berkongsi maklumat sulit dengan seorang peguam di Belgium. Ini menunjukkan terdapat pengarahan ke atas tribunal dan kebebasannya dipersoal. Lebih teruk lagi di mana kerajaan sendiri telah mengumumkan mereka mahu menggantung tertuduh padahal tribunal sendiri belum mengumumkan keputusan. Jelas tribunal yang dibuat hanyalah untuk menyingkirkan pesaing politik mereka iaitu Jamaat-e-islami dan Bangladesh National Party.

Perkara kedua yang dipersoalkan adalah kenapa baru sekarang tribunal ini diadakan setelah 40 tahun? Malah sesetengah yang dituduh adalah pemimpin agama yang disegani dan pernah menjadi menteri yang dianggap terbaik sewaktu Jamaat-e-islami dalam kerajaan. Kerajaan juga tidak memberikan hak asasi yang sewajarnya di dalam penjara ke atas tertuduh. Ada di antara mereka yang sudah berumur 90 tahun. Perlu diingat rakyat Bangladesh tidak mudah tertipu dengan dakwaan ini, oleh itu sebablah itu ramai daripada mereka teutamanya anak muda sanggup turun memprotes ketidakadilan ini walaupun terpaksa menghadapi ancaman pihak polis dan penyokong kerajaan yang ganas.

Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan kita patut bersama-sama membantu rakan kita di Bangladesh. Perkara ini tidak boleh hanya dianggap isu tempatan sahaja namun isu yang boleh membawa mudarat lebih besar kepada manusia umumnya dan umat Islam di masa akan datang. Kita berterima kasih kepada Ketua Pembangkang Malaysia yang telah membangkitkan isu ini untuk dijadikan perhatian kepada rakyat Malaysia. Kita mengharap Perdana Menteri Malaysia dapat turut serta dalam membangkitkan isu ini kepada rakan sejawatnya di Bangladesh dan mendesak supaya keadilan dan hak asasi manusia dipelihara. Ini dapat memberi nama baik kepada Malaysia kepada masyarakat antarabangsa yang sentiasa membawa mesej kesederhanaan dan menjadi contoh yang baik kepada negara Islam yang lain.

Mohammad Syazwannuddin bin Shaharuddin
Exco Pendidikan dan Penyelidikan PKPIM  2012/2013

ARTIKEL & BERITA PKPIM

UCAPAN KHAS TAHUN BARU 2025

Segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, qudwah hasanah kita sepanjang zaman. Tahun 2025 hadir sebagai [...]
Read more

Program Dan Video

Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

Sembang Demokrasi Siri 4.0

Sembang Demokrasi Siri 3.0

Sembang Demokrasi Siri 2.0

Mari Sertai Kami, Hidup Biar Berjasa!

(PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Lokasi Kami
  • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
  • +6017 372 0453 (SUK PKPIM)
  • pkpim_spp@yahoo.com
  • Isnin - Jumaat
    8.00AM - 5.00 PM
Ikuti Kami
PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)