Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

KOMITMEN SEORANG DAIE DALAM PENGAMALAN SUNNAH-SUNNAH KEPERIBADIAN

Assalamualaikum w.b.t…

Semoga dalam redha dan maghfirah Allah SWT selalu, buat kita umat Islam akhir zaman. Dalam menjalani hidup kita sebagai seorang Muslim, ditambah pula kredit diri sebagai ahli gerakan dalam sesebuah Jemaah yang sudah pasti melaksanakan sunnah terbesar Baginda Rasulullah SAW iaitu berdakwah. Pastinya kita tidak terlepas dalam melakukan rutin harian seperti makan, minum, bersiwak dan mengemas tempat tidur. Bagaimanapun, adakah pernah terlintas dalam fikiran kita apa yang sedang kita lakukan aktiviti harian tersebut merupakan sunnah-sunnah Rasulullah SAW? Adakah lahir dalam hati kita keterikatan hati kita terhadap Rasulullah SAW tentang apa yang kita lakukan?

Sebagai contoh sunnah keperibadian yang ditonjolkan Rasulullah SAW adalah dari segi penampilan baginda Rasulullah SAW yang sangat terjaga, berketerampilan, kemas dan yakin. Pakaian dan warna pakaian kesukaan Baginda, kekemasan rambut, wangian badan, penjagaan jambang, janggut, misai dan lain-lain penjagaan diri Rasulullah SAW ini dapat dihayati dalam kitab Syamail Muhammadiah bab 1. Mari sama-sama koreksi penampilan diri, lebih-lebih lagi sebagai daie yang sudah pasti perlu berperawakan menarik supaya mad’u tertarik. Jika benar kita mengikut sunnah baginda Rasulullah SAW, mengapa tidak melakukannya dengan serius sehingga menjadi budaya? Sukanya Rasulullah SAW berwangi-wangian sehingga apabila baginda melepasi satu lorong, kemudian dilalui sahabat, masih bisa tercuit bau wangian Baginda SAW.

Menelusuri lebih dalam kehidupan kita, bagaimana kita menjaga urusan harian dari segi kekemasan dan kebersihan bilik, rumah dan barang peribadi kita. Sering kali terdengar rungutan yang mengutuk kita memperjuangkan Islam namun bilik bersepah, sampah bertaburan, rumah tidak kemas, sinki penuh dengan pinggan mangkuk yang belum dicuci, tandas tidak bercuci, lantai kotor tidak bermop sedangkan Rasulullah SAW adalah orang yang paling menjaga bab kekemasan dan kebersihan diri dan persekitaran Baginda Rasulullah SAW. Tanyalah diri kembali adakah benar kita mencintai Nabi SAW? Adakah benar kita memperjuangkan Islam sedangkan perkara-perkara yang mudah, yang Islam telah berikan garis panduan melalui Rasulullah SAW tidak dikuti dengan sepenuhnya. Ini melibatkan soal citra peribadi seseorang Muslim yang ditonjolkan.

Sebenarnya mudah sahaja melaksanakan sunnah keperibadian ini kerana ia melibatkan perkara yang paling rapat iaitu diri sendiri dan persekitaran sekeliling kita, yang menjadi tabiat harian kita. Seperkara lagi yang sering terlepas pandang ialah dek kerana terlalu sibuk terlibat dalam pelbagai program, apabila hendak masuk tidur kita meninggalkan sunnah yang sangat-sangat Rasulullah SAW tekankan iaitu bersiwak dan bersuci (berwuduk) sebelum tidur. Jika tidak kerana Allah meringankan bersiwak, sudah lama Rasulullah SAW mewajibkan kita umatnya untuk bersiwak selalu terutama selepas bangun tidur, setiap kali sebelum solat dan sebelum tidur. Berwuduk menjadi tabiat Rasullah SAW sebelum tidur kerana golongan yang mensucikan diri sebelum tidur termasuk dalam golongan yang didoakan malaikat. Tidak mahukah berebut untuk didoakan makhluk yang terkenal dengan ketaatan pada Allah SWT? Mudah bukan?

Sebelum mad’u melihat kerangka perjuangan yang kita bawa dan gagaskan, mereka melihat dulu dari segi citra peribadi kita, menilai perkara yang rapat dengan diri dan sekeliling kita. Oleh itu, sangat perlu untuk kita tonjolkan Islam yang sebagaimana ditonjolkan Rasulullah SAW supaya kita tidak menjadi fitnah kepada Islam secara tanpa kita sedar. Adalah perlu untuk kita memperkukuhkan diri dengan beramal bersungguh-sungguh sunnah-sunnah personal mengikut cara Rasulullah SAW lakukan kerana ia adalah asas penjagaan dan penampilan diri dalam masa yang sama itqan dalam melaksanakan sunnah-sunnah lain dan sunnah berdakwah. Secara tidak langsung membantu untuk membina rantaian dan keterikatan hati kita kepada Habibuna Sayyiduna Rasulillahi Sallahu’alaihi wa azkas salam. Bersungguh-sungguh dalam melakukan sunnah Baginda Rasulullah SAW juga merupakan salah satu bukti kecintaan kita kepada Baginda Rasulullah SAW. Tepuk dada, tanya iman dan cinta dalam hati tentang rasa cinta kita pada Rasulullah SAW.

Sekian sahaja, salam mahabbah.

SITI MARDHIAH BINTI MUSTAFHA
EXCO DAKWAH DAN TARBIYAH PKPIM 2012/2013

ARTIKEL & BERITA PKPIM

SURAT AHLI KONGRES AMERIKA KEPADA MARKO RUBIO :

Apa yang berlaku? Pada 21 Julai 2026, lapan Ahli Kongres Amerika Syarikat menghantar surat kepada Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, bagi menggesa kerajaan Amerika mengkaji semula hubungan dengan Malaysia susulan [...]
Read more

PERJUANGAN INI, PERJUANGAN KITA

Bismillāh ir-Raḥmān ir-Raḥīm WARKAH PRESIDEN PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM) SESI 25/26 PERJUANGAN INI, PERJUANGAN KITA إِنْ أُرِيدُ إِلَّا ٱلْإِصْلَـٰحَ مَا ٱسْتَطَعْتُ ۚ وَمَا تَوْفِيقِىٓ إِلَّا بِٱللَّهِ ۚ عَلَيْهِ [...]
Read more

EID AL-ADHA: A SACRED RIGHT, NOT A THREAT

As we approach one of the most significant and celebrated occasions in the Islamic tradition, Eid al-Adha reminds Muslims of the profound meaning of sacrifice, obedience and steadfastness in faith. [...]
Read more

PASCA PENGUMUMAN KEPUTUSAN SPM 2025

PERJALANAN MASIH JAUH, MASA DEPAN MENANTI KALIAN Adik-adik calon SPM sekalian, Adik-adik yang berpotensi, Adik-adik yang berkemajuan, Adik-adik yang bitara, Jangan sekadar menjadi pelajar yang lulus dalam peperiksaan, tetapi jadilah [...]
Read more

AL-ATTAS ASAS KEPADA KELETARIAN PERJUANGAN PKPIM

Perjuangan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) selama 65 tahun di pentas dakwah dalam negara mahupun di luar negara bertahan dan terus mampan kerana perjuangan PKPIM didasari dengan budaya keintelektualan [...]
Read more

INSTITUSI PENDIDIKAN BUKAN SARANG IDEOLOGI SONGSANG

PKPIM memandang serius dan berat dakwaan yang sedang tular melibatkan seorang pensyarah kanan Universiti Malaya yang dikaitkan dengan fahaman serta rangkaian Freemason suatu ideologi yang jelas bercanggah dengan akidah Islam [...]
Read more

PASCA SPM: JANGAN HANYUT, BINA DIRI

Kepada anak-anak muda yang baru sahaja menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kami mengucapkan tahniah dan mendoakan agar beroleh keputusan yang cemerlang. Habis sahaja peperiksaan ini, maka anda semua telah [...]
Read more

Program Dan Video

Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

Sembang Demokrasi Siri 4.0

Sembang Demokrasi Siri 3.0

Sembang Demokrasi Siri 2.0

(PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Lokasi Kami
  • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
  • +60 11-5536 1470 (SUK PKPIM)
  • pkpim_spp@yahoo.com
  • Isnin - Jumaat
    8.00AM - 5.00 PM
Ikuti Kami
PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)