Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

PMG SARAWAK’13 : MENJEJAK PERIBADI, MENGAKAR ROHANI & MENCETUS INSPIRASI

PMG Sarawak 2013 telah diadakan pada 1-3 Februari 2013 berjaya menghimpunkan 107 orang peserta yang terdiri daripada lepasan SPM dan STPM. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) sekali lagi menjadi kawasan perkampungan kali ini dengan mengangkat tema “Menjejak Peribadi, Mengakar Rohani, Mencetus Inspirasi”. Para peserta didedahkan dengan gambaran awal kehidupan di alam kampus yang dkongsikan oleh para fasilitator yang terdiri daripada mahasiswa UIAM, UKM, UNIMAS, UiTM dan Politeknik. Bagi melahirkan mahasiswa ideal, pihak PERKEPIS telah menyediakan aktiviti seperti Debat Mahasiswa, Explorace MENARA dan Latihan Dinamika Kumpulan.

Saudara Khairul Anuar Abdul Manap (Setiausaha Agung PKPIM_ telah dijemput sebagai salah seorang panel “Bicara Mahasiswa” yang membincangkan topik “Mahasiswa Kelas Pertama”. Beliau menjelaskan bahawa mahasiswa berperanan sebagai the enlighten of soul yang berfungsi untuk mencerahkan masyarakat dengan intelektualisme dan spiritualisme. Selain itu, beliau turut berkongsi formula untuk menjadi mahasiswa kelas pertama. Kata beliau, dua perkara penting yang harus dimaknai oleh seseorang mahasiswa ialah ilmu dan skill. Kedua-duanya akan membantu mahasiswa untuk menjadi intelektual-aktivis kepada masyarakat demi membangunkan agama, bangsa dan negara.

Dalam sesi penutupan pula, ucapan perasmian telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Siti Raudzah Ghazali, Timbalan Dekan Pusat Pemajuan Pelajar UNIMAS. Beliau mengingatkan kepada peserta PMG untuk menggunakan kesempatan yang ada dengan berkenalan dengan semua fasilitator bagi memudahkan dalam pemilihan jurusan untuk di menara gading nanti. Selain itu, beliau juga mengucapkan tahniah kepada semua penggerak PMG Sarawak kerana berjaya melaksanakan program yang jarang dilaksanakan oleh pertubuhan pelajar lain.

ARTIKEL & BERITA PKPIM

SURAT AHLI KONGRES AMERIKA KEPADA MARKO RUBIO :

Apa yang berlaku? Pada 21 Julai 2026, lapan Ahli Kongres Amerika Syarikat menghantar surat kepada Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, bagi menggesa kerajaan Amerika mengkaji semula hubungan dengan Malaysia susulan [...]
Read more

PERJUANGAN INI, PERJUANGAN KITA

Bismillāh ir-Raḥmān ir-Raḥīm WARKAH PRESIDEN PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM) SESI 25/26 PERJUANGAN INI, PERJUANGAN KITA إِنْ أُرِيدُ إِلَّا ٱلْإِصْلَـٰحَ مَا ٱسْتَطَعْتُ ۚ وَمَا تَوْفِيقِىٓ إِلَّا بِٱللَّهِ ۚ عَلَيْهِ [...]
Read more

EID AL-ADHA: A SACRED RIGHT, NOT A THREAT

As we approach one of the most significant and celebrated occasions in the Islamic tradition, Eid al-Adha reminds Muslims of the profound meaning of sacrifice, obedience and steadfastness in faith. [...]
Read more

PASCA PENGUMUMAN KEPUTUSAN SPM 2025

PERJALANAN MASIH JAUH, MASA DEPAN MENANTI KALIAN Adik-adik calon SPM sekalian, Adik-adik yang berpotensi, Adik-adik yang berkemajuan, Adik-adik yang bitara, Jangan sekadar menjadi pelajar yang lulus dalam peperiksaan, tetapi jadilah [...]
Read more

AL-ATTAS ASAS KEPADA KELETARIAN PERJUANGAN PKPIM

Perjuangan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) selama 65 tahun di pentas dakwah dalam negara mahupun di luar negara bertahan dan terus mampan kerana perjuangan PKPIM didasari dengan budaya keintelektualan [...]
Read more

INSTITUSI PENDIDIKAN BUKAN SARANG IDEOLOGI SONGSANG

PKPIM memandang serius dan berat dakwaan yang sedang tular melibatkan seorang pensyarah kanan Universiti Malaya yang dikaitkan dengan fahaman serta rangkaian Freemason suatu ideologi yang jelas bercanggah dengan akidah Islam [...]
Read more

PASCA SPM: JANGAN HANYUT, BINA DIRI

Kepada anak-anak muda yang baru sahaja menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kami mengucapkan tahniah dan mendoakan agar beroleh keputusan yang cemerlang. Habis sahaja peperiksaan ini, maka anda semua telah [...]
Read more

Program Dan Video

Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

Sembang Demokrasi Siri 4.0

Sembang Demokrasi Siri 3.0

Sembang Demokrasi Siri 2.0

(PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Lokasi Kami
  • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
  • +60 11-5536 1470 (SUK PKPIM)
  • pkpim_spp@yahoo.com
  • Isnin - Jumaat
    8.00AM - 5.00 PM
Ikuti Kami
PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)