Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

MUKHAYYAM RIJAL NASIONAL: MENYERLAHKAN KETULENAN PEJUANG

Mukhayyam Rijal Nasional 2012 kali ini bertemakan Tabuk: Menyerlah Ketulenan Pejuang. Menyorot sejarah Perang Tabuk, peserta didedahkan peristiwa-peristiwa dan perjalanan Nabi Muhammad s.a.w bersama para sahabat menuju ke Tabuk sejauh lebih dari 700km. Berpandukan kepada sirah nabi dan Quran Surah at-Taubah ayat 41 hingga 46, para peserta diajak untuk membedah pelbagai asbab dan nilai disebalik setiap peristiwa Perang Tabuk. Nilai keyakinan, ketabahan, ketaatan, semangat perjuangan, impak Perang Tabuk dan sifat-sifat nifaq menjadi pengajaran kepada para peserta dalam mendepani serta menelusuri jalan dakwah.

Para peserta turut diuji kekuatan fizikal mereka melalui latihan lasak sepanjang tiga hari tersebut. Melalui latihan tersebut juga, mereka dilatih agar bekerja berpasukan dan membina ukhuwah. Ilmu-ilmu ikhtiar hidup turut dikongsikan seperti cara mudah menghidupkan api dan cara membuat perangkap ikan. Peserta juga berpeluang menikmati keindahan alam dan kedinginan air Sungai Congkak. Sepanjang program, peserta makan dengan hasil masakan sendiri dengan bahan makanan yang juga dibawa oleh mereka sendiri. Aktiviti ini menambah ukhuwah dan semangat mandiri sesama peserta.

Tn. Hj Ahmad Azam, Naib Presiden Wadah, mengisi slot pada petang Sabtu, dengan tajuk “Memahami Makna dan Tujuan Perjuangan”. Beliau berpesan agar pemuda-pemuda Islam berjuang dengan keihlasan dan ketulusan dengan mengenepikan agenda-agenda peribadi tetapi haruslah mengutamakan kepentingan ummat. Para peserta juga sempat berkongsi ilmu bersama dengan Ustaz Abdullah Bin Din, TYDP ABIM Kedah, berkenaan Isu Aqidah, Bahaya Syiah. Beliau hadir mengisi slot tazkirah subuh hari terakhir dengan menerangkan tentang siapakah sebenarnya Syiah.

Program MRN berakhir dengan beberapa resolusi yang dipersetujui bersama iaitu meneladani ibrah dari sejarah Perang Tabuk dalam pergerakan dalam organisasi masing-masing, menulis dan mendokumentasikan ilmu-ilmu yang diperolehi agar dapat dikongsi bersama dan dijadikan rujukan. Semoga gelombang semangat jihad dan iltizam dikalangan pemuda lelaki terus berkembang dan hidup subur dalam perjuangan dakwah.

ARTIKEL & BERITA PKPIM

SURAT AHLI KONGRES AMERIKA KEPADA MARKO RUBIO :

Apa yang berlaku? Pada 21 Julai 2026, lapan Ahli Kongres Amerika Syarikat menghantar surat kepada Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, bagi menggesa kerajaan Amerika mengkaji semula hubungan dengan Malaysia susulan [...]
Read more

PERJUANGAN INI, PERJUANGAN KITA

Bismillāh ir-Raḥmān ir-Raḥīm WARKAH PRESIDEN PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM) SESI 25/26 PERJUANGAN INI, PERJUANGAN KITA إِنْ أُرِيدُ إِلَّا ٱلْإِصْلَـٰحَ مَا ٱسْتَطَعْتُ ۚ وَمَا تَوْفِيقِىٓ إِلَّا بِٱللَّهِ ۚ عَلَيْهِ [...]
Read more

EID AL-ADHA: A SACRED RIGHT, NOT A THREAT

As we approach one of the most significant and celebrated occasions in the Islamic tradition, Eid al-Adha reminds Muslims of the profound meaning of sacrifice, obedience and steadfastness in faith. [...]
Read more

PASCA PENGUMUMAN KEPUTUSAN SPM 2025

PERJALANAN MASIH JAUH, MASA DEPAN MENANTI KALIAN Adik-adik calon SPM sekalian, Adik-adik yang berpotensi, Adik-adik yang berkemajuan, Adik-adik yang bitara, Jangan sekadar menjadi pelajar yang lulus dalam peperiksaan, tetapi jadilah [...]
Read more

AL-ATTAS ASAS KEPADA KELETARIAN PERJUANGAN PKPIM

Perjuangan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) selama 65 tahun di pentas dakwah dalam negara mahupun di luar negara bertahan dan terus mampan kerana perjuangan PKPIM didasari dengan budaya keintelektualan [...]
Read more

INSTITUSI PENDIDIKAN BUKAN SARANG IDEOLOGI SONGSANG

PKPIM memandang serius dan berat dakwaan yang sedang tular melibatkan seorang pensyarah kanan Universiti Malaya yang dikaitkan dengan fahaman serta rangkaian Freemason suatu ideologi yang jelas bercanggah dengan akidah Islam [...]
Read more

PASCA SPM: JANGAN HANYUT, BINA DIRI

Kepada anak-anak muda yang baru sahaja menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kami mengucapkan tahniah dan mendoakan agar beroleh keputusan yang cemerlang. Habis sahaja peperiksaan ini, maka anda semua telah [...]
Read more

Program Dan Video

Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

Sembang Demokrasi Siri 4.0

Sembang Demokrasi Siri 3.0

Sembang Demokrasi Siri 2.0

(PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Lokasi Kami
  • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
  • +60 11-5536 1470 (SUK PKPIM)
  • pkpim_spp@yahoo.com
  • Isnin - Jumaat
    8.00AM - 5.00 PM
Ikuti Kami
PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)