Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

SEKOLAH MASSA PKPIM BICANG ISU PARLIMEN BELIA

Sekolah Massa PKPIM telah mengadakan kelas politik bertajuk “Parlimen Belia: Apa Manfaatnya Kepada Mahasiswa” di Dewan Pembangunan Belia Islam, Taman Cemerlang. Program diisi oleh saudara Abu Qassim Nor Azmi, Exco Penerangan ABIM dan saudara Suhail Kamaruddin, Ikon Belia Negara.

Perkara yang dibincangkan termasuk kerelevenan mengadakan parlimen belia. Antaraya supaya belia mempunyai satu platform khas untuk membincangkan isu semasa dan input daripada parlimen belia akan digunakan sebagai hujah di parlimen Malaysia. Diberitakan di United Kingdom, parlimen belia telah lama diadakan dan dianggotai belia seawal umur 11 tahun. Manakala di Malaysia, cadangan had umur adalah dari 15 hingga 40 tahun. Tentang apa perbezaannya dengan Majlis Perundingan Belia Negara, ditegaskan bahawa majlis itu adalah platform untuk membincangkan isu belia sahaja manakala parlimen belia akan lebih terbuka dalam membincangkan isu.

Bilangan ahli parlimen belia adalah sama dengan parlimen Malaysia iaitu 222 orang dan kaedah pemilihan adalah melalui dalam talian selaras dengan cara yang disenangi oleh belia masa kini berbanding menggunakan kaedah manual di mana memerlukan kos yang tinggi dan tidak efisien. Calon ahli parlimen adalah atas nama persendirian dan bukan mewakili mana-mana organisasi. Ini bermakna parlimen belia tidak perlu melantik perdana menteri dan kabinet, hanya speaker dewan.

Resolusi Sekolah Massa kali ini adalah diharapkan setiap belia mendaftar sebagai pengundi dan sekiranya mampu, bertanding menjadi calon. Belia seharusnya melihat parlimen ini sebagai wadah untuk menyuarakan hasrat belia di peringkat kebangsaan dan juga berkebolehan dalam memperngaruhi dasar negara pada masa akan datang.

Disediakan oleh,
MOHAMAD SYAZWANUDDIN SHAHARUDDIN
Exco Pendidikan dan Penyelidikan PKPIM

ARTIKEL & BERITA PKPIM

UCAPAN KHAS TAHUN BARU 2025

Segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, qudwah hasanah kita sepanjang zaman. Tahun 2025 hadir sebagai [...]
Read more

Program Dan Video

Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

Sembang Demokrasi Siri 4.0

Sembang Demokrasi Siri 3.0

Sembang Demokrasi Siri 2.0

Mari Sertai Kami, Hidup Biar Berjasa!

(PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Lokasi Kami
  • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
  • +6017 372 0453 (SUK PKPIM)
  • pkpim_spp@yahoo.com
  • Isnin - Jumaat
    8.00AM - 5.00 PM
Ikuti Kami
PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)