Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

PKPIM sertai Pesta Sukan & Kebudayaan Belia 2012

Pada 22-24 November yang lalu, Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menganjurkan Pesta Sukan dan Kebudayaan Belia yang bertempat di Kompleks Belia & Sukan, Negeri Sembilan. PKPIM juga tidak ketinggalan untuk menyertai Pesta Sukan tersebut dan telah menghantar 5 wakil acara sukan dan seorang bagi acara kebudayaan iaitu Futsal, Bola Jaring, Bola Keranjang 3 on 3, Paint Ball, Badminton dan Puisi. Bagi acara Sepak Takraw, Ping Pong, Tarian Rampai 1 Malaysia dan Lagu Irama Malaysia tiada wakil dihantar. Kontinjen PKPIM pada pesta kali ini diketuai oleh Saudara Mohammad Fazril Pada 22-24 November yang lalu, Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menganjurkan Pesta Sukan dan Kebudayaan Belia yang bertempat di Kompleks Belia & Sukan, Negeri Sembilan. PKPIM juga tidak ketinggalan untuk menyertai Pesta Sukan tersebut dan telah menghantar 5 wakil acara sukan dan seorang bagi acara kebudayaan iaitu Futsal, Bola Jaring, Bola Keranjang 3 on 3, Paint Ball, Badminton dan Puisi. Bagi acara Sepak Takraw, Ping Pong, Tarian Rampai 1 Malaysia dan Lagu Irama Malaysia tiada wakil dihantar. Kontinjen PKPIM pada pesta kali ini diketuai oleh Saudara Mohammad Fazril Saleh.

 Semua acara dijalankan serentak pada 23 November 2012 di tempat yang berbeza. Bagi acara sukan pada sebelah pagi adalah pusingan saringan dan penentuan untuk mara ke peringkat seterusnya. Nasib tidak memihak kepada PKPIM bagi acara Badminton, Bola Jaring, dan Paint Ball kerana tidak Berjaya untuk mara ke peringkat seterusnya. Pasukan Bola Keranjang pula mampu untuk bertahan ke pusingan kedua iaitu kalah mati manakala pasukan Futsal yang diwakili oleh Mahasiswa Kolej Dar Al-Hikmah bersykur dapat mara walau hanya ke pusingan suku Akhir. Menurut ketua pasukan, Saudara Hanis Zakaria, mereka berapa berpuas hati dan bersyukur kerana mampu mara ke pusingan suku akhir kerana ini adalah penampilan pertama mereka beraksi di pertandingan luar kampus. Exco Penerangan PKPIM, Saudara Azizan Ajiji pula memberi komen, “apa yang menjadi kekuatan kontinjen PKPIM ialah survival mereka yang beraksi tanpa dana yang banyak, tiada pengurus pasukan professional, yang mana semua itu ada pada kebanyakan pasukan lain. Walaubagaimanapun, kita juga mengakui kelemahan persediaan daripada kontinjen kita dan berusaha untuk lebih bersedia pada pesta sukan akan datang.’’

Penyampaian hadiah bagi acara kebudayaan pula diadakan pada 24 November, pada jam 11 pagi. Puisi ‘’Pertemuan di Hydepark’’ nukilan Dr Adi Badiozaman Tuah yang dideklamasikan oleh pemuisi PKPIM juga nampaknya gagal meraih kemenangan tiga tempat teratas. Majlis penutupan Pesta Sukan & Kebudayaan 2012 diadakan juga pada 24 November pada jam 8 malam. Apa yang menarik pada malam itu ialah PKPIM diberi kesempatan untuk bersama MBM mengendalikan pelancaran Kempen Kutipan tabung ‘Hands for Gaza’ dan Sudara Fazril dijemput untuk memberi pidato keamanan sejagat sebelum majlis penutupan dimulakan. Pelancaran tabung dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan yang turut merasmikan Majlis Penutupan tersebut. Juara Keseluruhan Pesta Sukan & Kebudayaan jatuh kepada Majlis Belia Negeri Pulau Pinang. Saleh. Semua acara dijalankan serentak pada 23 November 2012 di tempat yang berbeza. Bagi acara sukan pada sebelah pagi adalah pusingan saringan dan penentuan untuk mara ke peringkat seterusnya. Nasib tidak memihak kepada PKPIM bagi acara Badminton, Bola Jaring, dan Paint Ball kerana tidak Berjaya untuk mara ke peringkat seterusnya. Pasukan Bola Keranjang pula mampu untuk bertahan ke pusingan kedua iaitu kalah mati manakala pasukan Futsal yang diwakili oleh Mahasiswa Kolej Dar Al-Hikmah bersykur dapat mara walau hanya ke pusingan suku Akhir. Menurut ketua pasukan, Saudara Hanis Zakaria, mereka berapa berpuas hati dan bersyukur kerana mampu mara ke pusingan suku akhir kerana ini adalah penampilan pertama mereka beraksi di pertandingan luar kampus. Exco Penerangan PKPIM, Saudara Azizan Ajiji pula memberi komen, “apa yang menjadi kekuatan kontinjen PKPIM ialah survival mereka yang beraksi tanpa dana yang banyak, tiada pengurus pasukan professional, yang mana semua itu ada pada kebanyakan pasukan lain. Walaubagaimanapun, kita juga mengakui kelemahan persediaan daripada kontinjen kita dan berusaha untuk lebih bersedia pada pesta sukan akan datang.’’ Penyampaian hadiah bagi acara kebudayaan pula diadakan pada 24 November, pada jam 11 pagi. Puisi ‘’Pertemuan di

Hydepark’’ nukilan Dr Adi Badiozaman Tuah yang dideklamasikan oleh pemuisi PKPIM juga nampaknya gagal meraih kemenangan tiga tempat teratas. Majlis penutupan Pesta Sukan & Kebudayaan 2012 diadakan juga pada 24 November pada jam 8 malam. Apa yang menarik pada malam itu ialah PKPIM diberi kesempatan untuk bersama MBM mengendalikan pelancaran Kempen Kutipan tabung ‘Hands for Gaza’ dan Sudara Fazril dijemput untuk memberi pidato keamanan sejagat sebelum majlis penutupan dimulakan. Pelancaran tabung dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan yang turut merasmikan Majlis Penutupan tersebut. Juara Keseluruhan Pesta Sukan & Kebudayaan jatuh kepada Majlis Belia Negeri Pulau Pinang.


 

 

ARTIKEL & BERITA PKPIM

UCAPAN KHAS TAHUN BARU 2025

Segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, qudwah hasanah kita sepanjang zaman. Tahun 2025 hadir sebagai [...]
Read more

Program Dan Video

Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

Sembang Demokrasi Siri 4.0

Sembang Demokrasi Siri 3.0

Sembang Demokrasi Siri 2.0

Mari Sertai Kami, Hidup Biar Berjasa!

(PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Lokasi Kami
  • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
  • +6017 372 0453 (SUK PKPIM)
  • pkpim_spp@yahoo.com
  • Isnin - Jumaat
    8.00AM - 5.00 PM
Ikuti Kami
PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)