Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

PKPIM WAKILI MALAYSIA KE KURSUS KEPEMIMPINAN MABIMS

JAKARTA, 02 September: Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) sekali lagi diberi kepercayaan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk mewakili Malaysia ke Program Kursus Kepemimpian Belia MABIMS.

MABIMS merupakan singkatan kepada Menteri Agama Brunei Indonesia Malaysia Singapura; sebuah kerjasama tidak rasmi antara empat negara dalam hal ehwal berkaitan agama Islam.

Program latihan Kepemimpinan Belia MABIMS kali ini diadakan selama lima hari bermula 02 September hingga 06 September 2012, bertempat di Pulau Puteri, Kepulauan Seribu Jakarta Utara, Indonesia.

Delegasi Malaysia diwakili oleh dua orang pegawai JAKIM dan lima orang mahasiswa merangkap para aktivis PKPIM.

Kelima-lima mereka adalah Mohammad Fazril Saleh, Abdul Hadi Rusdi, Siti Fatimah Shahar, Siti Aisyah Rais dan Faudatuzzihan Suandi.

Kursus ini dikendalikan  oleh Darut Tauhid Training and Consultancy, sebuah anak syarikat yang bernaung di bawah pondok Darut Tauhid Bandung pimpinan KH Abdullah Gymnastiyar atau lebih dikenali sebagai Aa Gym.

Ketua jurulatih yang juga merupakan adik kandung kepada Aa Gym, Abdul Rahman Yuri atau Aa Deda mengendalikan keseluruhan latihan kepemimpinan ini dengan dibantu oleh pasukan fasilitatornya.

Penekanan diberikan kepada aspek dalaman; hati dan pengawalannya. Modul yang digunapakai untuk sesi pelatihan ini diberi nama Manajmen Qolbu.

Selain aktiviti berbentuk indoor, para peserta juga didedahkan dengan aktiviti outdoor seperti snoorkling dan sea-sight.

PKPIM juga berkesempatan menyampaikan cenderahati tanda penghargaan kepada Aa Deda, wakil fasilitator Darut Tauhid, dan wakil JAKIM.

PKPIM kini dalam perancangan meneruskan hubungan dan jaringan yang terbina ini dengan perangkaan program Latihan Kepemimpinan bagi para pelajar dan Mahasiswa di Malaysia yang dijangka dilaksanakan tahun hadapan.

Program Latihan Kepemimpinan ini bakal menjemput AaDeda dan pasukan Darut Tauhid ke Malaysia untuk pengisian latihan. Program ini dijangka memberi manfaat kepada para pelajar dan mahasiswa di Malaysia terutama dalam membina keperibadiaan kepimpinan yang baik.

Author

Comment Section
    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    ARTIKEL & BERITA PKPIM

    Program Dan Video

    Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

    Sembang Demokrasi Siri 4.0

    Sembang Demokrasi Siri 3.0

    Sembang Demokrasi Siri 2.0

    (PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
    Lokasi Kami
    • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
    • +60 11-5536 1470 (SUK PKPIM)
    • pkpim_spp@yahoo.com
    • Isnin - Jumaat
      8.00AM - 5.00 PM
    Ikuti Kami
    PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
    Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)