Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

SYUKUR DAN SABAR, PASTI SUKSES – AA GYM

JAKARTA UTARA, 03 September: “Setiap ciptaan Allah itu sempurna, setiap perencanaan Allah itu sempurna. Setiap apa yang berlaku kepada diri kita; masalah, musibah atau kekurangan, semuanya tanda kesempurnaan perancangan Allah. Mana tahu di sebalik musibah itu di hujungnya ada anugerah yang Allah beri”

Begitulah antara bait-bait pesanan Aa Gym, seorang tokoh agamawan terkenal Indonesia, bertaraf selebriti.

Aa Gym atau nama sebenarnya Kiyai Haji Abdullah Gymnastiyar merupakan pengasas pondok pensantren Darut Tauhid, Bandung dan memimpin 17 buah syarikat perniagaan termasuk syarikat stesen televisyen dan radio, perusahaan makanan, minuman, pakaian dan syarikat koperasi dan kewangan.

“Syukur… Sabar… Pasti sukses”

Aa Gym menyampaikan ceramah pengajarannya secara khusus kepada para peserta Pelatihan Kepemimpinan MABIMS di Pulau Puteri, Kepulauan Seribu Jakarta Utara, Indonesia. Program yang berlangsung selama lima hari ini menghimpunkan para pemuda daripada negara Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura.

Delegasi Malaysia diwakili oleh lima orang aktivis Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan dua orang pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Delegasi Malaysia sempat menyampaikan cenderahati berupa plag dan buku sejarah 5 Dasawarsa kepada Aa Gym.

Hubungan baik yang terbina antara delegasi Malaysia dengan para peserta dan urusetia terutama pihak pengelola dari Darut Tauhid bukan sahaja menjadi suatu wadah pengerat silaturrahim, malahan ia juga dilihat sebagai peluang kerjasama dakwah antara negara.

Author

Comment Section
    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    ARTIKEL & BERITA PKPIM

    Program Dan Video

    Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

    Sembang Demokrasi Siri 4.0

    Sembang Demokrasi Siri 3.0

    Sembang Demokrasi Siri 2.0

    (PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
    Lokasi Kami
    • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
    • +60 11-5536 1470 (SUK PKPIM)
    • pkpim_spp@yahoo.com
    • Isnin - Jumaat
      8.00AM - 5.00 PM
    Ikuti Kami
    PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
    Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)