PERMATANG PAUH, 18 September: Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) hari ini bersama membantu Global Peace Mission Malaysia (GPM) menggerakkan kempen kemanusiaan untuk mangsa pelarian bangsa Rohingya di Myanmar, di sini.
Kempen Kemanusiaan Rohingya telah diadakan selama seminggu di Universiti Teknologi MARA (UiTM) kampus Permatang Pauh bersempena Festival Islam Universiti dan Majlis Penutupannya disempurnakan pada malam ini.
Selain daripada sesi penerangan dan kutipan derma bagi membantu mangsa pelariaan Rohingya, turut diadakan kempen ‘Citizenship for Rohingya’ bagi menuntut kerajaan Myanmar memberikan hak dan kerakyatan kepada penduduk Muslim Rohingya yang sudah bertapak lama di wilayah mana yang mereka duduki sekarang.
PKPIM diwakili oleh Naib Presidennya, Saudara Mohammad Fazril Saleh, manakala GPM diwakili oleh dua orang koordinatornya, Saudara Adli Zakuan Zaira dan Saudara Shahrir Azfar.
Sambutan yang cukup mengalakkan daripada para pelajar, pensyarah dan warga UiTM menjadikan minggu kempen ini meriah dan majlis penutupannya cukup bermakna. Majlis penutup disempurnakan oleh. Prof. Madya Noor Bin Awang Hamat, Timbalan Rektor Bahagian Akademi dan dihadiri oleh 200 orang pelajar UiTM kampus Pulau Pinang. Cek kutipan derma diserahkan oleh beliau kepada Saudara Adli Zakuan Zaira, koordinator kempen Rohingya GPM.
GPM yang merupakan antata badan NGO antarabangsa yang terawal menghantar bantuan keperluan asas ke wilayah bergolak Arakan, Myanmar memerlukan lebih banyak sumbangan bagi membantu mangsa-mangsa kekejaman jenayah perkauman seperti yang berlaku di sana.
PKPIM kini membantu GPM dalam pelancaran Kempen Citizenship of Rohingya melalui siri-siri ceramah, pameran, advokasi kreatif, penulisan dan media. Selain itu, GPM juga dalam rangka melancarkan misi ke-3 ke Myanmar pada 04 Oktober ini selepas kejayaan 2 misi sebelumnya.
Bantuan bahan-bahan makanan asas telahpun disampaikan kepada mangsa pelarian Rohingyan di Arakan, Myanmarnpada minggu ketiga bulan Ramadhan yang lalu. Misi keempat kali ini memfokuskan kepada penghantaran bekalannair bersih dan makanan nutrisi.
Masyarakat Malaysia khususnya dirayu membantu GPM dalam rangka misi penghantaran bantuan ini. Bagi yang ingin menyumbang ataupun ingin mendapatkan maklumat lanjut, sila layari www.gpm.com.my atau terus berhubung dengan koordinator GPM 0132226057