Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

Masa Depan Gerakan Islam: Sepetang Bersama Ilmuwan Prof. Tariq Ramadan Al-Banna

KAJANG, 15 Julai 2012: Menanggapi kompleksiti zaman dengan cabaran-cabaran semasa yang pelbagai, menuntut umat Islam mempunyai daya tahan dan jatidiri yang utuh.

“Apa yang kita perlukan kini ialah keyakinan ruhaniyah (spiritual confidence) dan ketajaman akliyah (intellectual sharpness)”.

Prof. Dr. Tariq Ramadan berkata demikian dalam pertemuan tertutup pimpinan gerakan Islam WADAH-ABIM-PKPIM di Kolej Dar Al-Hikmah, Sungai Ramal Dalam, di sini.

Sebagai sebuah gerakan pelajar Islam yang berteraskan budaya ilmu, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) tidak melepaskan peluang pertemuan dengan beliau. Pandangan bernas beliau dalam beberapa isu dan permasalahan umat berhasil memotivasikan para aktivis gerakan pelajar.

Pertemuan ini diadakan bersempena kedatangannya untuk menyampaikan ceramah dan kuliyahnya di Malaysia dan Singapura.

Isu-isu pokok dan semasa umat Islam dibincangkan secara panjang lebar dalam pertemuan ini. Prof. Tariq Ramadan juga menyatakan kegembiraannya bertemu keluarga besar gerakan Islam WADAH-ABIM-PKPIM dan menjemput gerakan ini mengahantarnya pulang ke United Kingdom selepas tamat sesi kuliyahnya di sini.

Rakaman diskusi ini dapat ditonton di laman youtube pkpimedia:

http://www.youtube.com/watch?v=nS28gLUCs0o

ARTIKEL & BERITA PKPIM

UCAPAN KHAS TAHUN BARU 2025

Segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, qudwah hasanah kita sepanjang zaman. Tahun 2025 hadir sebagai [...]
Read more

Program Dan Video

Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

Sembang Demokrasi Siri 4.0

Sembang Demokrasi Siri 3.0

Sembang Demokrasi Siri 2.0

Mari Sertai Kami, Hidup Biar Berjasa!

(PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Lokasi Kami
  • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
  • +6017 372 0453 (SUK PKPIM)
  • pkpim_spp@yahoo.com
  • Isnin - Jumaat
    8.00AM - 5.00 PM
Ikuti Kami
PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)