Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

Separuh Abad Di Persada Dakwah: MPAT-51 PKPIM Iltizam Dengan Cita-Cita Perjuangan

KELANA JAYA, 06 Julai 2012: 51 tahun meneraju pergerakan pelajar Islam di peringkat kebangsaan bukanlah suatu tugas kecil yang terbeban atas bahu barisan kepemimpinan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM). Ia merupakan suatu taklifan besar yang termanifestasi daripada kesedaran tanggungjawab insan sebagai hamba dan khalifah yang digerakkan secara kolektif dalam suatu wadah pertubuhan pelajar Islam nasional.

Majlis Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT) PKPIM Kali ke-51 telahpun berlangsung dengan jayanya, bermula pada 06hb Julai sehingga 08 Julai 2012 di Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya Selangor. MPAT ke-51 ini menghimpunkan keseluruhan aktivis dan pendokong PKPIM dari seluruh pelosok Tanah Air merangkumi unit-unit PKPIM di kampus-kampus universiti dan kolej, serta persatuan-persatuan pelajar Islam negeri yang bernaung di bawah PKPIM.

Sepertimana kebiasaannya, MPAT sebagai program tahunan PKPIM merupakan satu medan muhasabah yang cukup penting bagi keseluruhan aktivis dan pendokong gerakan pelajar Islam ini. Menurut seorang aktivis PKPIM, Saudara Muhamad Zikri bin Jinal, MPAT atau juga dikenali sebagai Muktamar Sanawi ini umpama hari raya yang bakal disambut setiap tahun, dan semangat utama yang terpamer dalam muktamar pastinya semangat ukhuwah mahabbah (kasih sayang dan persaudaraan)  dan semangat syura.

Dalam MPAT kali ke-51 ini, selain persidangan Mesyuarat Agung Tahunan, turut berlangsung Kongres Pelajar dan Penegasan Teras-teras Kependidikan dan Majlis Makan Malam Aktivis PKPIM. Ucapan Dasar Presiden bertajuk Gagasan Ta’dib Kepemudaan: Dinamika Pemberdayaan Misi Tanwiri, Tahriri dan Taghyiri disampaikan oleh saudara Ahmad Fahmi Bin Mohd Samsuddin. Manakala, ucaptama dan perasmian Kongres Pelajar disempurnakan oleh Al-Fadhil Dato Dr. Siddiq Fadzil, Presiden Kolej Dar al-Hikmah yang juga merupakan Presiden Wadah Pencerdasan Ummat Malaysia (WADAH).

Beberapa kesepakatan penting telah dipersetujui oleh para perwakilan yang hadir antaranya PKPIM harus terus memacu gerakan pelajar dengan pendekatan dakwah dan kependidikan, memperkukuh institusi dan instrumen kewangan, penubuhan koperasi pelajar Islam, mempergiat aktiviti dakwah lapangan dan penataran dan banyak lagi.

MPAT kali ke-51 kali ini bersepakat mengekalkan Saudara Ahmad Fahmi Bin Mohd Samsuddin sebagai Presiden PKPIM bagi sesi kepemimpinan 2012/2013. Ini merupakan penggal kedua beliau meneraju pertubuhan PKPIM ini. Dalam ucapan penangguhannya, beliau menyeru para pendokong gerakan supaya sentiasa beriltizam dengan cita-cita dan perjuangan Islam serta berusaha bersunggu-sungguh untuk mengangkat memartabat ummah.

(Ucapan Dasar Presiden PKPIM boleh ditonton di laman http://www.mobtv.my/islamic-1685.html )

ARTIKEL & BERITA PKPIM

UCAPAN KHAS TAHUN BARU 2025

Segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, qudwah hasanah kita sepanjang zaman. Tahun 2025 hadir sebagai [...]
Read more

Program Dan Video

Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

Sembang Demokrasi Siri 4.0

Sembang Demokrasi Siri 3.0

Sembang Demokrasi Siri 2.0

Mari Sertai Kami, Hidup Biar Berjasa!

(PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Lokasi Kami
  • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
  • +6017 372 0453 (SUK PKPIM)
  • pkpim_spp@yahoo.com
  • Isnin - Jumaat
    8.00AM - 5.00 PM
Ikuti Kami
PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)