Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

PKPIM Kunjungi Dekan Pusat Asasi UIAM

PETALING JAYA, 20 Jun 2012 : Pendidikan merupakan suatu aspek penting yang integral dan sentral dalam kehidupan manusia bertamadun. Kekuatan sesuatu bangsa adalah bertunjang kekuatan ilmu pengetahuan. Justeru, proses pendidikan sebagai medium penyaluran ilmu adalah penting dan perlu dititikberatkan.

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), sebuah pertubuhan pelajar di peringkat Kebangsaan baru-baru ini telahpun mengunjungi Dekan Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof. Madya Dato’ Dr. Syed Zahir Idid B. Syed Osman Idid, dekat sini.

Kunjungan hormat selama satu jam setengah itu diadakan bagi mendapatkan pandangan dan membincangkan isu-isu berkenaan pendidikan nasional dalam konteks pengajian pra-universiti dan Institut Pengajian Tinggi sebagai langkah proaktif menyahut usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mentransformasi sistem pendidikan negara.

Delegasi PKPIM diketuai oleh Presidennya, Saudara Ahmad Fahmi Samsudin bersama barisan pimpinan semasa; Mohammad Fazril Saleh, Penolong Setiausah Agong; Syarifah Sumayyah Syed Malick, Naib Presiden HEWI; Hawa Mas Azmar Ahmad, Timbalan Naib Presiden HEWI; dan Raihan Idris, Setiausaha Agong Persatuan Pelajar Islam Negeri Sembilan.

Turut hadir dalam pertemuan ini adalah En. Mohamad Azmi Sulong Timbalan Dekan Jabatan Sains dan En. Izdihar Ishak Timbalan Dekan Jabatan Aktiviti Pelajar.

PKPIM yang diberikan kepercayaan oleh KPM untuk menggerakkan usahasama dalam program transformasi pendidikan negara berasa berbesar hati atas layanan dan kerjasama serta respon baik yang diberikan oleh pihak Pusat Asasi UIAM. Segala dapatan perbincangan telahpun dianalisa dan bakal dibawa dalam perbincangan lanjut bersama dengan pihak yang berkenaan.

Pusat Asasi UIAM terletak di Seksyen 17, Petaling Jaya Selangor. Pusat Asasi UIAM ini merupakan institusi pendidikan asasi bagi para pelajar UIAM sebelum memasuki program pengajian di peringkat ijazah sarjana muda. Kampus induk UIAM terletak di Gombak dan Kuantan.

 

ARTIKEL & BERITA PKPIM

UCAPAN KHAS TAHUN BARU 2025

Segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, qudwah hasanah kita sepanjang zaman. Tahun 2025 hadir sebagai [...]
Read more

Program Dan Video

Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

Sembang Demokrasi Siri 4.0

Sembang Demokrasi Siri 3.0

Sembang Demokrasi Siri 2.0

Mari Sertai Kami, Hidup Biar Berjasa!

(PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Lokasi Kami
  • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
  • +6017 372 0453 (SUK PKPIM)
  • pkpim_spp@yahoo.com
  • Isnin - Jumaat
    8.00AM - 5.00 PM
Ikuti Kami
PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)