Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

Israk Mikraj, Kecintaan dan Kebebasan Hakiki

PETALING JAYA, 18 Jun 2012: Israk & Mikraj disambut saban tahun oleh umat Islam di seluruh dunia pada tanggal 27 Rejab bagi memperingati peristiwa besar yang berlaku ke atas diri Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Baginda Al-Rasul SAW merupakan makhluk pilihan Allah yang dikurniakan pelbagai keistimewaan yang tidak dikurniakan kepada makhluk-makhluk yang lain.

Di sebalik kemuliaan dan anugerah istimewa yang dikurniakan Allah kepada Baginda, terbeban tanggungjawab yang cukup berat yang digalaskan di bahu Baginda SAW. Misi profetik membebaskan manusia daripada kegelapan-kegelapan kepada cahaya Islam merupakan tugasan besar yang berjaya disempurnakan Baginda.

Sempena memperingati peristiwa agung ini, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) bersama Biro Pemuda Masjid Kolej Islam Malaya (MKIM) Petaling Jaya menganjurkan program Senandung Zikir dan Bicara Hikmah dengan tema “Bulan Rejab & Israk Mikraj: Meniti Saat Pembebasan”.

Majlis dimulakan dengan alunan qasidah dan zikir pimpinan Kumpulan Soutul Hikmah yang terdiri daripada para pelajar Kolej Dar al-Hikmah, Sungai Ramal Dalam Kajang.

Senandung Zikir dan Bicara Hikmah sempena Sambutan Israk Mikraj kali ini menampilkan dua orang pembicara; tokoh muda yang cukup berkaliber. Pembicara pertama ialah Al-Fadhil Ustaz Muhadir Bin Joll al-Sanari. Beliau sekarang merupakan tenaga pengajar di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Petaling Jaya. Beliau merupakan seorang ulama muda yang gigih menyebarkan dakwah dan ilmu dalam masyarakat.

Beliau gigih menjalankan pengajian kitab-kitab turath dan dijemput untuk menjadi penterjemah dalam majlis ilmu yang disampaikan oleh ulama-ulama besar yang datang ke Malaysia khususnya dari Timur Tengah. Dengan disiplin ilmu dan adab yang tinggi, beliau sentiasa dihormati dan menjadi contoh ikutan anak didik dan teman-teman beliau.

Ustaz Muhadir membicarakan tentang asal usul manusia, bermula daripada alam roh dan keadaan roh-roh manusia yang suci tanpa noda. Roh yang pada asalnya tanpa jasad kemudiaannya ditiupkan ke dalam jasad dan diuji oleh Allah dengan kehidupan di dunia. Perjalanan roh sebagai perjalanan kehidupan hakiki manusia disingkap dengan begitu teliti dan beberapa saranan digariskan sebagai panduan menghadapi kehidupan duniawi yang penuh cabaran.

Al-Fadhil Ustaz Muhadir juga menekankan tentang kebebasan rohani daripada maksiat menuju makrifat sebagai kebebasan dan kebahagiaan Tertinggi yang sebenar yang dapat dikecapi oleh seseorang insan.

Pembicara kedua pula merupakan Al-Fadhil Ustaz Jufitri Bin Joha, Naib Presiden Anatarabangsa Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Beliau merupakan seorang aktivis dakwah dan sosial yang gigih menjalankan kerja-kerja kemasyarakatan. Merupakan pengasas dan pengerusi Grup Pengkaji Tamadun Dunia dan Pengasas Sekolah Kerja Belia. Beliau sangat menekuni ilmu-ilmu Islam dan pemikiran kontemporari serta sangat terdedah dengan idea civilizational Islam. berpengalaman luas dalam aktiviti bantuan kemanusia dan jaringan antarabangsa. Beliau juga merupakan antara ahli jawatankuasa Shabab al-Quds al-Islamiy dan pengkaji tamadun Eropah dan Turki.

Ustaz Jufitri mengupas berkenaan realiti dunia semasa yang mempamerkan ujian berat yang tertimpa atas umat Islam seluruh dunia. Di setiap pelosok dunia, kemiskinan, kemelaratan hidup, penindasan, dan lebih menakutkan pembunuhan dilakukan ke atas umat Islam. Bumi Palestin merupakan contoh jelas penindasan yang dihalalkan oleh kuasa besar dunia.

Peristiwa-peristiwa bulan Rejab dan Israk Mikraj bukan sekadar untuk diperdengarkan, tetapi untuk diberikan orientasi aksi yang sewajarnya. Beliau juga meletakkan asas keprihatinan kepada isu umat Islam bersandarkan Al-Quran dan Sunnah Nabi SAW dan menjadi kewajiban bagi setiap kaum muslimin berpartisipasi dalam membantu saudara sesame muslim yang ditindas di seluruh pelosok dunia.

Selain daripada isu Palestin, beliau juga menyentuh serba sedikit berkenaan isu penindasan umat di Kasymir, Syria dan yang terbaru di Myanmar yang melibatkan pembantaian kaum Bhuddist Rakhine terhadap umat Islam Rohingya di wilayah Arakan, Myanmar.

“Keprihatinan terhadap isu umat Islam seluruhnya harus digerakkan dan disusuli dengan iltizam membantu sedaya mungkin saudara-saudara kita yang sedang mengharapkan bantuan demi satu kehidupan yang lebih baik”, kata beliau.

Ketua Biro Pemuda MKIM, Mohammad Fazril Mohd Saleh, dalam komentar beliau berkenaan program ini berkata, “perhatian kepada ciri-ciri istimewa dan kecintaan luar biasa Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW wajar ditonjolkan demi menjelaskan hakikat sebenar khairul anam ini. Peranan umat Islam dalam menyemangati roh perjuangan dakwah Nabi SAW dan keperluan membantu membebaskan manusia daripada kejahilan ruhaniyah dan penindasan fizikal wajar diberikan penekanan. Rahmat dan redha Ilahi dipohonkan dengan kerendahan hati mengharap kasih Tuhan dengan usaha kecil yang sekadarnya ini.” 

Program ini bermula selepas solat Maghrib dan berakhir kira-kira jam 10 malam dan dihadiri oleh ratusan Mahasiswa Univerisiti Islam Antarabangsa Malaysia dan university di kawasan sekitar, ahli qaryah dan Jemaah masjid. Senandung Zikir dan Bicara Hikmah merupakan program khas Biro Pemuda Masjid Kolej Islam Malaya yang dianjurkan bersempena sambutan hari-hari kebesaran dalam Islam.

ARTIKEL & BERITA PKPIM

SURAT AHLI KONGRES AMERIKA KEPADA MARKO RUBIO :

Apa yang berlaku? Pada 21 Julai 2026, lapan Ahli Kongres Amerika Syarikat menghantar surat kepada Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, bagi menggesa kerajaan Amerika mengkaji semula hubungan dengan Malaysia susulan [...]
Read more

PERJUANGAN INI, PERJUANGAN KITA

Bismillāh ir-Raḥmān ir-Raḥīm WARKAH PRESIDEN PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM) SESI 25/26 PERJUANGAN INI, PERJUANGAN KITA إِنْ أُرِيدُ إِلَّا ٱلْإِصْلَـٰحَ مَا ٱسْتَطَعْتُ ۚ وَمَا تَوْفِيقِىٓ إِلَّا بِٱللَّهِ ۚ عَلَيْهِ [...]
Read more

EID AL-ADHA: A SACRED RIGHT, NOT A THREAT

As we approach one of the most significant and celebrated occasions in the Islamic tradition, Eid al-Adha reminds Muslims of the profound meaning of sacrifice, obedience and steadfastness in faith. [...]
Read more

PASCA PENGUMUMAN KEPUTUSAN SPM 2025

PERJALANAN MASIH JAUH, MASA DEPAN MENANTI KALIAN Adik-adik calon SPM sekalian, Adik-adik yang berpotensi, Adik-adik yang berkemajuan, Adik-adik yang bitara, Jangan sekadar menjadi pelajar yang lulus dalam peperiksaan, tetapi jadilah [...]
Read more

AL-ATTAS ASAS KEPADA KELETARIAN PERJUANGAN PKPIM

Perjuangan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) selama 65 tahun di pentas dakwah dalam negara mahupun di luar negara bertahan dan terus mampan kerana perjuangan PKPIM didasari dengan budaya keintelektualan [...]
Read more

INSTITUSI PENDIDIKAN BUKAN SARANG IDEOLOGI SONGSANG

PKPIM memandang serius dan berat dakwaan yang sedang tular melibatkan seorang pensyarah kanan Universiti Malaya yang dikaitkan dengan fahaman serta rangkaian Freemason suatu ideologi yang jelas bercanggah dengan akidah Islam [...]
Read more

PASCA SPM: JANGAN HANYUT, BINA DIRI

Kepada anak-anak muda yang baru sahaja menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kami mengucapkan tahniah dan mendoakan agar beroleh keputusan yang cemerlang. Habis sahaja peperiksaan ini, maka anda semua telah [...]
Read more

Program Dan Video

Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

Sembang Demokrasi Siri 4.0

Sembang Demokrasi Siri 3.0

Sembang Demokrasi Siri 2.0

(PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Lokasi Kami
  • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
  • +60 11-5536 1470 (SUK PKPIM)
  • pkpim_spp@yahoo.com
  • Isnin - Jumaat
    8.00AM - 5.00 PM
Ikuti Kami
PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)