Selatan Thailand merupakan sebuah wilayah istimewa dan punya sejarah yang signifikan dalam sejarah dan ketamadunan rantau ini. Pergolakan politik era penjajahan dan zaman moden seolah-olah cuba memadamkan kehebatan yang pernah tercipta di wilayah ini suatu masa dulu. PKPIM, dalam usaha menggali khazanah kebudayaan nusa dan membangkitkan semula keyakinan diri bangsa, bakal melaksanakan misi “jejak Patani”.
Seramai 20 orang mahasiswa akan mengikuti misi Jejak Pattani bermula 15hb hingga 21hb April ini. Antara aktiviti dalam misi ini ialah
1) mengajar bahasa Inggeris dan komputer kepada anak2 yatim
2) membuat kajian sejarah, sosio budaya di kawasan setempat
3) pemetaan komuniti
4) ziarah mahasiswa di universiti tempatan
5) melawat tapak tinggalan sejarah
Justeru, para sukarelawan PKPIM memerlukan sejumlah peruntukan untuk menampung kos-kos perbelanjaan ialah iaitu sebanyak RM 12,300.00. Sumbangan boleh disalurkan terus ke no akaun yang tertera di poster.