Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

PERJUANGAN INI, PERJUANGAN KITA

Bismillāh ir-Raḥmān ir-Raḥīm

WARKAH PRESIDEN

PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM) SESI 25/26

PERJUANGAN INI, PERJUANGAN KITA

إِنْ أُرِيدُ إِلَّا ٱلْإِصْلَـٰحَ مَا ٱسْتَطَعْتُ ۚ وَمَا تَوْفِيقِىٓ إِلَّا بِٱللَّهِ ۚ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَإِلَيْهِ أُنِيبُ

Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali. (Surah Hud 11:88)

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) telah mengadakan Majlis Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT) pada 22 November 2025 di Bangi Avenue Convention Centre bertemakan “Gagasan BINA Nasional 2057: Manifestasi Kepimpinan Rabbani”. Oleh yang demikian, kita menyedari bahawa PKPIM sudah berada di landasan perjuangan dakwah selama 64 tahun lamanya. Namun, perjuangan ini masih konsisten dan utuh walaupun kepemimpinannya sentiasa berubah-ubah.

Ucapan tahniah dan terima kasih dipanjangkan kepada rakan-rakan yang bertungkus lumus dalam menjayakan MPAT dan kepada ahli-ahli PKPIM yang turut terlibat dalam menggerakkan Seminar Kebangsaan Peradaban Madani 2025 yang telah dirasmikan oleh YB Senator Dr. Zulkifli Hasan, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Bangga melihat kehadiran yang memberangsangkan daripada para perwakilan, pemerhati dan peserta yang hadir daripada delegasi mahasiswa Badan Gabungan Negeri, Cawangan Negeri dan Cawangan Kampus. Ketelitian, kritikan dan pandangan daripada muktamirin dan muktamirat pada MPAT kali ini sangat memberangsangkan dan secara tidak langsung membuktikan penghayatan budaya ilmu dan amal jamaie masih kukuh dalam kader-kader dakwah PKPIM.

Saf Qiyadah PKPIM Pusat sesi 2024/2025 bersepakat untuk memilih dan melantik saf pimpinan yang baharu bagi sesi 2025/2026. Saf pimpinan baharu ini dipilih berdasarkan kesepakatan musyawwarah secara bersama dengan menyemangati prinsip syura sebagaimana termaktub dalam perintah ALlah, wa shāwirhum fī l-amr—dan bermusyawwarahlah kamu dalam setiap urusan.

Mewakili Saf Qiyadah yang baharu, perjuangan dalam membina generasi rabbānī ini adalah perjuangan kita bersama, bukan perjuangan dan sejarah presiden-presidennya sahaja. Kata Almarhum Ustaz Dato’ Dr Siddiq Fadzil, “sejarah kita bukan sejarah presiden, sejarah kita adalah sejarah kebangkitan generasi”. Sejarah dan perjuangan yang kita tuai hari ini adalah hasil tanaman generasi dahulu, dan apa yang kita tanam pada hari ini adalah hasil untuk dituai oleh generasi mendatang. Maka, sejarah kita itu, semua merasainya.

Perjuangan ini adalah perjuangan kita bersama. Bukan semata perjuangan PKPIM Pusat, tetapi perjuangan ini memerlukan sinergi, kesatuan fikrah dan keteraturan gerak kerja setiap daripada Badan Gabungan Negeri, Cawangan Negeri dan Cawangan Kampus kita.

Kunci utama kepada sinergi ini adalah jundiyyah yang percaya dan yakin dengan kepimpinan qiyadahnya yang thiqah dan qiyadah yang percaya dan yakin dengan jundiyyahnya yang memahami benar erti komitmennya kepada Islam.

Perjuangan ini adalah perjuangan kita bersama kerana visi dan misi kita adalah besar, mustahil untuk digerakkan berseorangan. Visi kita untuk “Membina generasi rabbānī demi membina Tamadun Khayra Ummah” jelas memerlukan kepada kesatuan fikrah dan khittah yang jelas.

Bersama-sama kita doakan buat rakan-rakan mahasiswa yang terjejas dengan musibah banjir kira-kira di lapan buah negeri. Moga dipermudahkan urusan menggalas amanah untuk terus belajar walau apa kira keadaan pun. Kami juga turut serta bersama dengan rakan-rakan stategik dalam penyelarasan bantuan banjir agar dapat serba sedikit membantu mereka yang ditimpa musibah, InsyaAlLah.

Akhirnya, kami tutup warkah ini dengan empat rangkap pantun;

Angin pagi penyapa mesra,

burung terbang di pinggir kota,

pemuda bangkit membuka rasa,

menggalas amanah untuk ummah dan bangsa.

Layar terkembang di laut luas,
nakhoda cekal menempuh gelora,
PKPIM medan kita menggalas,
membina fikir, menyatu jiwa.

Di kampus, desa hingga kota,

kita bersatu menegak wibawa,
biar kecil pada mata manusia,
Hidup Biar Berjasa.


Selangkah kita ke medan sedia,
menjunjung amanah tanpa alpa,
biarlah singkat usia di dunia,
Hidup Biar Berjasa!

MUHAMAD ADIB IRFAN BIN FAZIL

Presiden

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

ARTIKEL & BERITA PKPIM

EID AL-ADHA: A SACRED RIGHT, NOT A THREAT

As we approach one of the most significant and celebrated occasions in the Islamic tradition, Eid al-Adha reminds Muslims of the profound meaning of sacrifice, obedience and steadfastness in faith. [...]
Read more

PASCA PENGUMUMAN KEPUTUSAN SPM 2025

PERJALANAN MASIH JAUH, MASA DEPAN MENANTI KALIAN Adik-adik calon SPM sekalian, Adik-adik yang berpotensi, Adik-adik yang berkemajuan, Adik-adik yang bitara, Jangan sekadar menjadi pelajar yang lulus dalam peperiksaan, tetapi jadilah [...]
Read more

AL-ATTAS ASAS KEPADA KELETARIAN PERJUANGAN PKPIM

Perjuangan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) selama 65 tahun di pentas dakwah dalam negara mahupun di luar negara bertahan dan terus mampan kerana perjuangan PKPIM didasari dengan budaya keintelektualan [...]
Read more

INSTITUSI PENDIDIKAN BUKAN SARANG IDEOLOGI SONGSANG

PKPIM memandang serius dan berat dakwaan yang sedang tular melibatkan seorang pensyarah kanan Universiti Malaya yang dikaitkan dengan fahaman serta rangkaian Freemason suatu ideologi yang jelas bercanggah dengan akidah Islam [...]
Read more

PASCA SPM: JANGAN HANYUT, BINA DIRI

Kepada anak-anak muda yang baru sahaja menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kami mengucapkan tahniah dan mendoakan agar beroleh keputusan yang cemerlang. Habis sahaja peperiksaan ini, maka anda semua telah [...]
Read more

Program Dan Video

Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

Sembang Demokrasi Siri 4.0

Sembang Demokrasi Siri 3.0

Sembang Demokrasi Siri 2.0

(PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Lokasi Kami
  • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
  • +60 11-5536 1470 (SUK PKPIM)
  • pkpim_spp@yahoo.com
  • Isnin - Jumaat
    8.00AM - 5.00 PM
Ikuti Kami
PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)