Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

Perutusan Presiden Sempena Tahun Baru Cina 2017

27hb Januari 2017

” Menyemai Keharmonian Antara Kaum, Kepelbagaian Dalam Bingkai Kesatuan”

1. Alhamdulillahi Rabbil’Alamin wal ‘ Aqibatulil Muttaqin Wala ‘Udwana illa ‘ Alaz zholimin. Rabbi Zidni ‘ilman Warzuqni Fahma.

2. Merafak syukur kepada Allah SWT, Selawat dan salam buat Nabi Muhammad SAW, penghulu sekalian Nabi dan penyebar rahmat kepada sekalian alam.

3. Mewakili saf pimpinan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), saya mengucapkan “Happy Chinese New Year”, “Gong Xi Fa Chai” buat teman semua. Tentunya saat dan kesempatan berbahagia ini dimanfaatkan sebaiknya untuk ziarah menziarahi sahabat handai, saudara mara dan teman-teman yang terdekat.

Teman-teman yang cintakan keharmonian,

4. Ayuh sama-sama menjunjung cita-cita luhur dalam merealisasikan pembinaan bangsa Malaysia yang gemilang. Terus perkuatkan semangat toleransi, bersatu padu dan saling bekerjasama demi kebaikan bersama. Perbezaan bukan menghancurkan malah semakin menguatkan antara sesama kita. Prof Dr Muhammad Imarah, seorang pemikir ulung Mesir mengungkap “Kepelbagaian Dalam Bingkai Kesatuan” sebagai satu hasrat saling berkongsi kepakaran, kelestarian persaudaraan setanah air dan pendamaian yang membina keutuhan agama, bangsa dan negara.

5. Teman-teman yang pulang ke kampung halaman, hati-hati perjalanan. Pandu cermat dan rancang perjalanan dengan sebaiknya. Kebahagian bagi insan pabila merintis jalan pulang ke kampung halaman. Nikmatilah kebahagiaan dan saat keemasan ini.

6. PKPIM antara gerakan pelajar di Malaysia yang konsisten dengan agenda perpaduan antara kaum. Platform dalam Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Friendship Group for
Inter-faith Services (FGIS), dimaknakan sebagai ruang interaksi, kegiatan kemasyarakatan, dan berkongsi idea serta pandangan dalam isu-isu agama, ekonomi, sosial dan pelbagai lagi. Semoga interaksi antara kita terus aktif dalam kegiatan formal mahupun yang informal.

Teman-teman yang cintakan negara,

7. Ayuh kita menjadi insan yang saling memberi manfaat. Berdepan dengan cabaran dan konflik, harus ditangani dengan ilmu dan hikmah. Terus suburkan semangat muhibah antara kaum demi kelangsungan masa depan Malaysia yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.

8. Seruan berkenal-kenalan dan memupuk perpaduan, jelas diseru dalam Firman Allah SWT dalam surah al Hujurat ayat 13;

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

Terus berjuang, terus bitara, terus berjasa.

HIDUP BIAR BERJASA

MUHAMMAD KHAIR BIN SUJUD
Presiden,
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

ARTIKEL & BERITA PKPIM

UCAPAN KHAS TAHUN BARU 2025

Segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, qudwah hasanah kita sepanjang zaman. Tahun 2025 hadir sebagai [...]
Read more

Program Dan Video

Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

Sembang Demokrasi Siri 4.0

Sembang Demokrasi Siri 3.0

Sembang Demokrasi Siri 2.0

Mari Sertai Kami, Hidup Biar Berjasa!

(PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Lokasi Kami
  • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
  • +6017 372 0453 (SUK PKPIM)
  • pkpim_spp@yahoo.com
  • Isnin - Jumaat
    8.00AM - 5.00 PM
Ikuti Kami
PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)