Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

Perutusan Khas Presiden: “Dedikasi Buat Pimpinan dan Aktivis PKPIM Seluruh Negara”

Perutusan Khas Presiden: “Dedikasi Buat Pimpinan dan Aktivis PKPIM Seluruh Negara”

11hb Oktober 2016

Menghayati Amanah Kepemimpinan: Melakar Agenda Kebangkitan Secara Kolektif

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin. Subhanaka La ‘ilmalana ‘illa Ma ‘Allam Tana Innaka ‘Antal ‘Alimul Hakim.

“Siapakah yang lebih baik perkataan yang menyeru kepada Allah dan beramal soleh, dan menyatakan aku tergolong dalam kelompok orang-orang Muslim” (Surah Fussilat ayat 33)

Sesungguhnya, kita telah menyaksikan kejayaan berlangsungnya Majlis Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT) Kali Ke-55 di Universiti Selangor (UNISEL), Bestari Jaya pada 23-25 September 2016 lalu.

MPAT tersebut menyaksikan penyertaan seramai lebih 300 orang dari delegasi mahasiswa kampus IPTA dan IPTS, NGO, pertubuhan belia, delegasi kampus dan badan gabungan negeri PKPIM termasuk delegasi mahasiswa Indonesia.

Kita juga turut sama-sama menyaksikan Presiden PKPIM Sesi 2015/2016, Saudara Mohammad Fazril Bin Mohd Saleh membentangkan ucapan dasar yang bertajuk “Paradigma Islah Dan Kesedaran Kepemudaan: Melestari Generasi Bitara Dalam Keteguhan Gerakan”, satu ucapan yang seharusnya disemat dalam dhamir para pimpinan dan aktivis PKPIM di seluruh negara.

Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada seluruh barisan pimpinan PKPIM Sesi 2015/2016 atas segala komitmen, pengorbanan, dan kesungguhan dalam menjayakan agenda sepanjang kepemimpinan lalu. Juga kepada semua perwakilan, pemerhati dari kampus dan Badan Gabungan Negeri (BGN) PKPIM serta semua pihak yang terlibat dalam memeriah dan menjayakan Majlis Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT) ini.

Mengambil semangat dan ruh al-Quran dalam surah Ali Imran ayat 159, “Dan bermesyuarat antara kamu. Apabila kamu telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yg bertawakal”, maka, hasil perbincangan “syura” dan semangat muhasabah pada muktamar kali ini telah sepakat melantik kepemimpinan kanan PKPIM Sesi 2016/2017.

Berikut adalah senarai barisan pimpinan kanan PKPIM sesi 2016/2017:

Presiden:
Muhammad Khair Sujud

Timbalan Presiden:
Muhammad Nur Iman Abdul Khudus

Naib Presiden:
Mohd Lukman Nurhakim Kamazan
Fakruradzi Abdullah
Mohd Hakim Mohd Nizam
Fatin Nabilah Azlan

Setiausaha Agung:
Awang Syazuan Syafiq Awang Jaya

Bendahari Kehormat:
Anis Auni Anwar

Justeru, marilah kita bersama-sama memberikan sokongan dan dokongan kepada barisan kepemimpinan baharu ini bagi melestarikan lagi agenda dakwah yang dirancang.

Hasil daripada tekad kami menyantuni semua aktivis PKPIM yang dikasihi, kepemimpinan PKPIM sesi 2016/2017 akan mengadakan “Jelajah PKPIM Seluruh Malaysia” yang melibatkan kampus dan Badan Gabungan Negeri (BGN) PKPIM.

Jadual jelajah telah disusun dan semoga kita semua dapat berperanserta, berukhuwah dan mewujudkan ruang dialog untuk membina kesepakatan bersama.Kekuatan dan kepakaran setiap daripada kalian sangat bermakna untuk dipadukan untuk kelangsungan dakwah. Kami juga bercita-cita untuk memperkukuh tautan ukhuwah keluarga besar kita WADAH-ABIM-PKPIM dengan ziarah yang dilakukan dalam jelajah ini. Sesi Menghadam Ucapan Dasar (MUDA) akan turut dilaksanakan sempena jelajah ini.

Sesungguhnya kepemimpinan-kepemimpinan yang lalu telah meninggalkan kita dengan pelbagai ingatan, pengalaman dan pengajaran yang amat berharga. Justeru, setelah kita memahami hakikat bahawa zaman sentiasa berubah, gerakan Islam tidak sesekali harus menjadikan dirinya ibarat rama-rama yang hidup hanya sehari. Seperti pesan Bapak Mohamad Natsir, tokoh dakwah Indonesia menyatakan,”Dalam kehidupan itu kita harus merasakan bahawa kita merupakan satu mata rantai panjang yang disubur perspektif sejarah, sehingga kita mampu menilai suatu peristiwa atau keadaan dari perspektif sejarah itu”.

Marilah kita terus bekerja dengan penuh tekad bagi memperteguh khittah perjuangan suci ini sehingga gerakan Islam benar-benar dapat “memimpin bukan dipimpin” dan seterusnya mencipta sejarah baharu untuk masa hadapan umat Islam yang lebih gemilang.

Sesungguhnya kehidupan kita adalah suatu “aqidah dan jihad”. Penyair terkenal Ahmad Shawqiy pernah menyebut:

“Ayuh bangkit pertahankan pendirian sepanjang hayat menjadi pejuang, sesungguhnya yang dinamakan kehidupan ialah aqidah dan jihad”.

Mari bersama kita perbaharui dan segarkan komitmen perjuangan, perkuat tekad, meningkatkan daya juang dan daya tahan dalam berdepan cabaran dan tribulasi.

Semoga Allah mengurniakan kita kekuatan dan ketabahan, terus ikhlas dan kerja keras dalam meraih redha dan keberkatanNya.

Hidup Biar Berjasa

MUHAMMAD KHAIR BIN SUJUD
Presiden,
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).

ARTIKEL & BERITA PKPIM

SURAT AHLI KONGRES AMERIKA KEPADA MARKO RUBIO :

Apa yang berlaku? Pada 21 Julai 2026, lapan Ahli Kongres Amerika Syarikat menghantar surat kepada Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, bagi menggesa kerajaan Amerika mengkaji semula hubungan dengan Malaysia susulan [...]
Read more

PERJUANGAN INI, PERJUANGAN KITA

Bismillāh ir-Raḥmān ir-Raḥīm WARKAH PRESIDEN PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM) SESI 25/26 PERJUANGAN INI, PERJUANGAN KITA إِنْ أُرِيدُ إِلَّا ٱلْإِصْلَـٰحَ مَا ٱسْتَطَعْتُ ۚ وَمَا تَوْفِيقِىٓ إِلَّا بِٱللَّهِ ۚ عَلَيْهِ [...]
Read more

EID AL-ADHA: A SACRED RIGHT, NOT A THREAT

As we approach one of the most significant and celebrated occasions in the Islamic tradition, Eid al-Adha reminds Muslims of the profound meaning of sacrifice, obedience and steadfastness in faith. [...]
Read more

PASCA PENGUMUMAN KEPUTUSAN SPM 2025

PERJALANAN MASIH JAUH, MASA DEPAN MENANTI KALIAN Adik-adik calon SPM sekalian, Adik-adik yang berpotensi, Adik-adik yang berkemajuan, Adik-adik yang bitara, Jangan sekadar menjadi pelajar yang lulus dalam peperiksaan, tetapi jadilah [...]
Read more

AL-ATTAS ASAS KEPADA KELETARIAN PERJUANGAN PKPIM

Perjuangan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) selama 65 tahun di pentas dakwah dalam negara mahupun di luar negara bertahan dan terus mampan kerana perjuangan PKPIM didasari dengan budaya keintelektualan [...]
Read more

INSTITUSI PENDIDIKAN BUKAN SARANG IDEOLOGI SONGSANG

PKPIM memandang serius dan berat dakwaan yang sedang tular melibatkan seorang pensyarah kanan Universiti Malaya yang dikaitkan dengan fahaman serta rangkaian Freemason suatu ideologi yang jelas bercanggah dengan akidah Islam [...]
Read more

PASCA SPM: JANGAN HANYUT, BINA DIRI

Kepada anak-anak muda yang baru sahaja menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kami mengucapkan tahniah dan mendoakan agar beroleh keputusan yang cemerlang. Habis sahaja peperiksaan ini, maka anda semua telah [...]
Read more

Program Dan Video

Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

Sembang Demokrasi Siri 4.0

Sembang Demokrasi Siri 3.0

Sembang Demokrasi Siri 2.0

(PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Lokasi Kami
  • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
  • +60 11-5536 1470 (SUK PKPIM)
  • pkpim_spp@yahoo.com
  • Isnin - Jumaat
    8.00AM - 5.00 PM
Ikuti Kami
PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)