Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

SELAMAT TAHUN BARU CINA 2013

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) mengucapkan Selamat Tahun Bari Cina kepada seluruh masyarakat Cina di seluruh dunia terutamanya Malaysia.

 Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan.

 Bagi rakyat Malaysia, kita yakin kepelbagaian kaum di negara ini boleh disatukan dengan ideologi pemersatu rakyat. Ideologi nasional dan faham kebangsaan di Malaysia harus bersifat inklusif meliputi semua kaum di Malaysia. Ideologi ini sebagai pembentuk kesatuan bangsa seperti yang diungkapkan oleh Dr. Burhanuddin al-Helmy dalam lima rukun jiwa kebangsaan yakni i) Ketuhanan Yang Maha Esa ii) Kebangsaan iii) Kedaulatan Rakyat iv) Persaudaraan Sejagat v) Keadilan Masyarakat.

Namun, gagasan Dr. Burhanudian al-Helmy ini tidak sempat teraktualisasi lantara tindakan penjajah. Oleh itu, kita sebagai bangsa merdeka perlu bangkit agar bingkai kesatuan dalam kepelbagaian bangsa ini dapat direalisasikan. Kita jangan takut jatuh dalam perjuangan, sebab kita tidak akan jatuh lagi. Sebagai anak jajahan kita telah berada di tempat yang paling rendah dan sudah tidak ada tempat yang lebih rendah lagi buat kita jatuh

Di peringkat pelajar, kesefahaman dan kerjasama antara satu sama lain sangat penting bagi memudahkan urusan kepimpinan pada masa akan datang. Oleh hal yang demikian, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia meraikan kepada mana-mana persatuan pelajar atau belia Cina yang ingin bekerjasama dengan kami dalam mendepani isu-isu semasa dan cabaran yang mendatang.

Akhir kata, Selamat Tahun Baru Cina 2013.

HIDUP BIAR BERJASA

KHAIRUL ANUAR BIN ABDUL MANAP
Setiausaha Agung

Author

Comment Section
    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    ARTIKEL & BERITA PKPIM

    DEMI AL-QUDS, MARILAH KITA BERSATU HATI

    Muhamad Adib Irfan FazilSaidatunnisa’ Zainuddin Bersempena dengan Sambutan Hari Solidariti Antarabangsa Bersama Warga Palestin, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Pelajar [...]
    Read more

    PKPIM SOKONG PENUH PARLIMEN DIGITAL

    3 Julai 2020 Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menyokong penuh inisiatif Parlimen Digital yang bakal berlangsung pada 4 & 5 Julai 2020. Lebih membanggakan, [...]
    Read more

    Program Dan Video

    Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

    Sembang Demokrasi Siri 4.0

    Sembang Demokrasi Siri 3.0

    Sembang Demokrasi Siri 2.0

    (PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
    Lokasi Kami
    • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
    • +60 11-5536 1470 (SUK PKPIM)
    • pkpim_spp@yahoo.com
    • Isnin - Jumaat
      8.00AM - 5.00 PM
    Ikuti Kami
    PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
    Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)